Bosan dengan lauk yang berkuah? Kalau anda nak tukar selera, apa salahnya kita ke dapur dan masak sambal ikan bilis kentang yang sangat rangup.
Jom ke dapur dan cuba perkongsian resepi dari seorang warganet ini. Mudah saja bahannya, tak perlu banyak pun untuk nikmati hidangan yang best ini.
Resepi Sambal Ikan Bilis Kentang Yang Rangup Krup Krap!
Bahan-Bahan
- Cili kering (direbus)
- 3 biji bawang besar
- Air asam jawa
- Serbuk perasa
- Sedikit garam
- Minyak
- Kentang (disagat)
Cara Penyediaan
- Kisar bawang besar, cili kering bersama dengan minyak. Ketepikan.
- Goreng ikan bilis dan kentang sehingga rangup. Bila dah masak, angkat dan ketepikan.
- Boleh masak sambal pula. Letakkan cili dan bawang yang dikisar tadi dan masak sehingga pecah minyak.
- Letakkan air asam jawa, perasa, dan garam ikut kesesuaian rasa.
- Buang minyak yang pecah tadi dan baki-baki yang terapung. Tinggalkan sambal sahaja. Kalau tidak buang, ikan bilis dan kentang akan jadi lemau.
- Sejukkan. Apabila dah sejuk, letakkan ikan bilis dan kentang. Gaul dengan sambal sehingga rata.
- Simpan dalam bekas yang kedap udara.
Mudah sangat sambal ikan bilis kentang kali ni, kan? Bagi peminat sambal, boleh lah cuba nanti. Sekejap saja nak sediakan. Makan dengan nasi boleh, buat snacking pun boleh. Sedap ni.
Selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan resepi ini kepada kawan-kawan anda.
Kredit: Serikandi Islam Dollah
Baca Juga: Resepi Melayu: Ikan Bilis Masak Kicap