Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Sebelum Beli Oven, Kena Tahu Jenis Oven Dahulu! Baca Dan Kenal Dulu Untuk Elak Salah Beli!

Sebelum Beli Oven, Kena Tahu Jenis Oven Dahulu! Baca Dan Kenal Dulu Untuk Elak Salah Beli!

Kategori: ,
jenis oven

Bila ada sebuah oven di rumah, nak memasak pun jadi mudah. Boleh juga mencuba pelbagai jenis masakan di rumah. Lebih-lebih lagi buat anda yang minat membakar kek dan roti, perlu ada!

Namun begitu, tahukah anda sebenarnya terdapat pelbagai jenis oven di pasaran yang mempunyai fungsi yang berbeza-beza? Masih ramai yang keliru tentang ini dan membuat pembelian tanpa usul periksa.

Membeli oven yang yang betul itu penting untuk memastikan kita berpuas hati dengan pembelian kita. Baca dan kenali dulu jenis-jenis oven, dan tanya soalan-soalan untuk membantu kita membuat pilihan bijak supaya wang tidak terbazir.

Jenis-Jenis Oven

1. Toaster Oven

jenis oven

Ianya kecil dan tak mempunyai banyak fungsi seperti jenis oven yang lain. Kadangkala oven ini anda boleh memilih suhu untuk membakar tapi biasanya tidak.

Ianya sesuai untuk membuat roti bakar, panaskan pizza dan makanan sejuk beku. Oven ini mempunyai pemanas, jadi makanan yang dipanaskan akan menjadi elok perang dan kekuningan.

2. Conventional Oven

jenis oven conventional

Merupakan oven yang lebih tradisional, oven ini beroperasi dengan pemindahan haba bawah dari sumber tetap, stabil, biasanya elemen pembakar atau api gas di dalam rumah ketuhar. Samada gas atau elektrik, penaik pada dasarnya sama- haba naik dan memasak makanan dari bawah.

Oven ini juga mempunyai fungsi broil. Oven ini mempunyai pemanas di atas dan di bawah dalam oven tersebut. Ada kalanya kita boleh memilih untuk menggunakan pemanas atas saja, bawah saja atau kedua-duanya sekali.

Kebolehan untuk memilih pemilih atas bawah ini penting bagi anda yang suka membakar kek sebab kalau buat kek lapis kita gunakan pemanas atas, kuih tart dan kek chiffon boleh guna pemanas bawah supaya atasnya tidak gelap sangat.

3. Convection Oven

jenis oven convection

Apa yang unik mengenai oven ini ialah ia mempunyai kipas angin di dalamnya. Kipas angin ini dapat membantu mendistribusikan panas secara merata di seluruh makanan, menghangatkan suhu udara dingin yang mengelilingi udara yang mengelilingi makanan di dalam oven, dan membantu makanan masak secara rata dalam waktu yang singkat dan suhu yang rendah.

Oleh kerana pemanasan yang sekata, oven ini adalah pilihan terbaik buat anda yang minat membakar kek di rumah.

4. Microwave Oven

jenis oven microwaveOven microwave merupakan jenis oven yang menggunakan radiasi gelombang mikro untuk memanaskan makanan, biasanya memiliki frekuensi 2.450 MHZ dan pangjang gelombang sekitar 12,24cm. Molekul air, gula dan lemak dalam makanan boleh menyerap gelombang mikro tersebut.

 

Oven ini tidak mempunyai pemanas dan sesuai untuk proses nyahbeku, memanaskan makanan dan memasak makanan yang tak perlu jadi garing atau perang.

Sekarang baru tahu sebenarnya ada pelbagai jenis oven yang mempunyai pelbagai fungsi, kan? Jadi sebelum anda beli sebuah, pastikan anda kenal betul-betul untuk elakkan pembaziran.

Semoga artikel ini dapat membantu dan jangan lupa kongsikan kepada kawan-kawan anda.

Kredit: Ida Alina Salleh

Baca Juga: Ini Cara Sebenar Untuk Kenal Suhu Sebenar Oven, Barulah Tak ‘Fail’ Bila Buat Kek

 

tags: |