Buah cempedak antara buah-buahan yang sangat femes di Malaysia. Bila datang saja musimnya, semua berebut untuk dapatkannya.
Rasa manis, isi yang berjus. Bila makan buah cempedak yang bagus, memang nikmat sungguh rasanya.
Terdapat pelbagai resepi yang menggunakan buah cempedak di luar sana tapi artikel kali ini adalah untuk membantu anda memilih buah cempedak dengan tepat supaya tak rugi dan berbaloi.
Maklumlah, ramai yang masih lagi tidak tahu cara yang betul untuk memilih buah cempedak dengan tepat. Sehinggakan bila buka saja buahnya, rasa amat kecewa bila tengok isi yang sikit dan buah yang kurang manis.
Kalau tak tahu, mari baca tips dari Intan Faznita di Facebook mengenai cara untuk memilih buah cempedak yang bagus, manis dan banyak isi.
Perhati pada kulitnya. Kena pilih yang ‘mata’nya tumpul, besar dan jarang. Barulah isi dalam tu banyak.
Kalau halus-halus, maknanya ulas cempedak kecil dan isinya banyak. Kalau besar-besar itu ulasnya besar dan isinya pun tak banyak. Yang besar isinya lebih tebal tapi yang tak bagusnya tak banyak ulas dalam sebiji cempedak itu.
Selain tengok pada ‘mata’ kulit tadi, kita juga boleh tekan kulit cempedak perlahan-lahan untuk merasa isi dalamnya.
Kalau masih keras atau tak berapa boleh ditekan, ia menandakan buah masih muda. Jadi pilihlah buah cempedak yang bila ditekan, kulitnya lembut dan seakan empuk.
Satu lagi tips pilih cempedak ini kita boleh tengok pada kulitnya. Cempedak yang dah masak dan matang ini warna kuning dia nampak lebih dominan.
Kalau cempedak yang dijual masih banyak warna hijaunya berbanding warna kuning, jangan pilih yang itu sebab dalamnya masih muda. Boleh tengok tangkainya juga. Kalau dah berwarna coklat, maksudnya isinya dah masak.
Macam durian, cempedak ini memang wangi. Yang masih separuh matang pun biasanya dah mula berbau wangi tapi bezanya, cempedak yang betul-betul masak ni aromanya lagi menyegat dan wangi.
Jadi pilihlah yang betul-betul harum dan wangi. Barulah manis dan boleh makan terus. Goreng pun sedap!
Antara kesilapan yang mungkin kita buat masa beli cempedak ini ialah nak beli yang kecil atau ringan sebab nak jimat. Takut mahal bila nak ditimbang nanti tapi kena hati-hati sebab buah yang ringan mungkin tidak berisi.
Jadi, lebih selamat ambil yang berat dengan ciri-ciri di atas ini. Barulah kurang kebarangkalian untuk mendapat isi yang kosong.
Bagi penggemar cempedak, anda boleh lah ikut tips yang dikongsikan ini bila pergi membeli buah cempedak lain kali. Barulah tak rugi dan puas hati.
Semoga membantu.
Kredit: Intan Faznita
Baca Juga: Cempedak Goreng Masih Lagi Rangup & Sedap Walaupun Dah Sejuk, Ini Tipsnya Yang Mudah!