Di media sosial, seorang barista dari Korea Selatan yang dikenali sebagai Lee Kang Bin mencuri tumpuan dengan latte art yang dihasilkan olehnya.
Berusia 30 tahun, Lee memiliki sebuah cafe iaitu C. Through Cafe di Itaewon-dong, Yongsan-gu, Korea Selatan, di mana dia menghasilkan lukisan miniatur di atas buih latte, hasil susu stim dengan menggunakan palet pewarna makanan.
Semestinya bakat yang ada pada Lee tidak lahir semalaman, bahkan Lee mengambil masa 5 tahun untuk mahir dengan skill yang ada pada dirinya sekarang. Menerusi minat dan ketekunan untuk belajar, sekarang Lee boleh menghasilkan latte art dalam masa 5 hingga 10 minit untuk pelanggannya.
Apa yang membezakan Lee dengan barista di luar sana adalah bakatnya untuk menghasilkan pelbagai jenis latte art di luar imiginasi.
Bukan saja lukisan pokok sakura atau watak kartun Ghibli, Lee juga boleh menghasilkan lukisan Mona Lisa dan potrait model Vogue pada lattenya! Sangat hebat, kan?
Lee juga terkenal di Instagram, mempunyai followers sebanyak 265K. Dia sering memuat naik gambar karyanya yang sering mendapat pujian.
Bukan saja cantik dipandang dan Instagram worthy, bahkan ramai yang pernah mengunjungi ke kafe Lee berkata bahawa latte art yang dihasilkan olehnya sangat enak.
Jika anda seorang peminat latte, anda wajib kunjungi C. Through Cafe. Namun, Lee baru-baru ini mengumumkan di Instagramnya bahawa cafenya ditutup buat sementara waktu untuk berpindah ke tempat baru.
Lee turut mengucapkan terima kasih kepada pelanggan dan followersnya yang tidak pernah berhenti menunjukkan sokongan.
Jadilah seperti Lee Kang Bin ni. Kalau ada bakat, jangan bazirkan. Semakin lama diasah, makin mahir kita jadinya.
Semoga perkongsian ini dapat juga sedikit sebanyak memberi anda semangat untuk terus asahkan bakat yang ada. Semoga berjaya!
Kredit: Lee Kang Bin