Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Tak Perlu Perencah! Buat Mi Segera Asam Laksa Dengan Bahan-Bahan Ini Saja, Lagi Enak!

Tak Perlu Perencah! Buat Mi Segera Asam Laksa Dengan Bahan-Bahan Ini Saja, Lagi Enak!

Kategori: ,
mi segera asam laksa

Mi segera antara makanan yang mudah didapati dan disediakan. Bukan saja kerana itu, rasa kuah mi segera yang sangat sedap boleh buat kita ketagih!

Namun, ramai yang sudah maklum bahawa mi segera ada padahnya jika selalu dimakan. Kandungan garam dan MSG yang tinggi pada perencah mee segera merupakan antara sebab ianya sangat memudaratkan kepada kesihatan.

Jika anda ingin menjaga kesihatan tapi masih mahu menikmati semangkuk mi segera, boleh buang saja serbuk perencah itu dan cuba resepi oleh seorang warganet ini. Tak perlu perencah, mi segera asam laksa yang menggunakan bahan-bahan autentik ini lebih sedap.

Resepi Mi Segera Asam Laksa

Bahan-Bahan (Untuk 3 Orang Makan)

  • 3 pek mi segera
  • 2 ekor ikan (sardin, kembung atau selar)
  • 2 tangkal daun kesum
  • 1 batang bunga kantan
  • 2 biji cili merah
  • 2 ulas bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 keping asam keping
  • 3 biji cili api
  • Sedikit timun
  • Petis atau otak udang
  • Garam
  • Gula

mee segera asam laksa

Cara Penyediaan

1. Masukkan bawang besar, bawang putih, cili merah dan ikan dalam periuk. Rebus hingga bahan masak atau jadi bahan jadi lembut.

mee segera asam laksa

2. Asingkan isi ikan dan ketepikan dulu. Tulangnya dibuang.

mee segera asam laksa

3. Kisarkan bawang merah, bawang putih dan cili merah sehingga halus. Kalau tak nak rebus, kisar pun boleh.

mee segera asam laksa

4. Kemudian masukkan isi ikan dan kisar. JANGAN halus. Kalau halus sangat nanti hilang tekstur ikan tersebut.

mee segera asam laksa

5. Masuk semula bahan yang dikisar ke dalam air rebusan tadi. Reneh sampai mendidih.

mee segera asam laksa

6. Masukkan pula daun kesum.

mee segera asam laksa

7. Masukkan bungan kantan yang telah dipotong. Bunga kantan dan daun kesum adalah dua bahan yang wajib ada. Barulah kuah asam laksa itu menyengat.

mee segera asam laksa

8. Masukkan asam keping.

mee segera asam laksa

9. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kalau kurang masam, boleh ditambah pes asam.

mee segera asam laksa

10. Bila kuah dah masak elok, boleh masukkan mi segera terus ke dalam periuk. Gaul sebati tapi jangan lama sangat. Mi segera asam laksa ini jadi sedap kalau mee masih kental. Tutup api dan hidang, siap!

mee segera asam laksa

Boleh lah cuba resepi ini kalau anda teringin mi segera. Nampak mudah dengan kuah yang betul-betul kaw, nikmat sungguh nanti bila cuba.

Selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan resepi ini.

Kredit: Mohd Rozmie

Baca Juga: Bosan Dengan Mee Segera? Jom Upgrade Mee Segera Dengan 6 Langkah Ini!

 

 

tags: |