Masalah kolesterol tinggi adalah masalah yang kian dihadapi oleh penduduk di seluruh negara termasuk Malaysia. Malah, ia merupakan penyebab utama kepada 2.6 juta kematian di seluruh dunia.
Berdasarkan Tinjaun Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (National Health and Morbidity Survey) 2015, kadar bilangan warga Malaysia yang menghidap dislipidemia (kadar lemak dalam darah meningkat) dan berumur 18 tahun dan ke atas adalah sebanyak 47.7% (9.6 juta).
Ianya merupakan bahan berlemak yang penting untuk bantu badan berfungsi dengan betul. Kolesterol juga berfungsi untuk menghasilkan membran seldan menukar serapan cahaya matahari kepada vitamin D. Ini merupakan kolesterol yang baik.
Kolesterol ini dikenali sebagai “kolesterol baik” dan paras yang tinggi adalah baik. HDL membawa kolesterol dari sel-sel badan balik ke hati di mana kolesterol diurai atau dibuang oleh badan sebagai kumuh.
LDL dikenali sebagai “kolesterol buruk”. Ia mengangkut kolesterol dari sel-sel melalui saluran darah. Jika terlalu banyak kolesterol diedar di dalam saluran darah, ia boleh terhendap pada dinding arteri lalu membentukkan plak arterosklerotik.
Trigliserida adalah lemak (lipid) yang menyimpan kalori yang tidak diguna dan membekalkan badan anda dengan tenaga. Apabila anda makan, badan anda akan menukar kalori yang tidak diperlukan pada masa itu kepada trigliserida kumuh.
Kolesterol yang tinggi boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti penyakit jantung dan strok. Jika tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat dan pemakanan yang seimbang, maka anda akan meningkatkan risiko untuk mendapat kolesterol yang tinggi.
Jika anda ingin kurangkan kadar kolesterol tinggi, anda boleh amalkan makanan-makanan ini.
Bukan saja membantu mengurangkan jumlah kolesterol dalam badan, malah ia dapat merawat penyakit kencing manis.
Amalkan: Masukkan dua sudu biji ketumbar dalam satu cawan air dan rebus. Tapis airnya dan minum dua kali sehari. Untuk lebih enak, tambah sedikit gula atau susu.
Saintis di Hong Kong mendapati bawang merah boleh membuang kolesterol yang ‘jahat’ dan meningkatkan kolesterol yang baik.
Amalkan: Masukkan bawang merah, halia dan bawang putih dalam menu diet. Boleh juga minum campuran jus bawang bersama madu setiap hari.
Agen hypolopidemic semula jadi pada pokok ini dapat menurunkan kolesterol ‘jahat’.
Amalkan: Ia boleh didapati dalam bentuk serbuk. Masukkan satu sudu serbuk daun ini dalam segelas air suam dan minum setiap pagi sewaktu perut kosong.
Mengurangkan jumlah paras kolesterol triglyceride, iaitu kandungan lemak dalam darah. Ia juga baik untuk merawat penyakit darah tinggi, gout dan asid reflux.
Amalkan: Campurkan satu sudu cuka dalam segelas air. Minum dua hingga tiga kali sehari setiap hari. Untuk lebih enak, gantikan air suam dengan jus oren, jus epal atau jus kegemaran.
Minum jus oren selalu kerana ia mengandungi vitamin C, folate dan flavanoids yang membantu mengurangkan kolesterol dalam darah.
Amalkan: Minum jus oren segar dua kali sehari.
Ia mengandungi asid laurik yang dapat meningkatkan kolesterol ‘baik’.
Amalkan: Makan satu hingga dua sudu setiap hari.
Mengurangkan kolesterol dan mencegah penyerapan kolesterol ‘jahat’.
Amalkan: Satu cawan oat bersamaan tiga gram serat dan beta-glucan. Boleh tambah buah atau walnut untuk menyedapkan hidangan oat.
Mengurangkan lemak dalam darah dan mengatasi masalah jantung.
Amalkan: Minyak ikan atau ikan mentah seperti tuna, salmon, sardin, trout dan bluefish kaya dengan lemak Omega. Makan satu hingga empat gram lemak omega 3 setiap hari.
Ia mengandungi kompaun monacolins yang dapat mengurangkan kolesterol.
Amalkan: Boleh dibeli di farmasi dalam bentuk tablet, ia boleh dimakan dua kali sehari. Dapatkan dahulu nasihat daripada doktor sebelum mengambilnya. Tidak digalakkan untuk wanita hamil dan menyusu.
Walnut, almond dan segala jenis kacang mengawal kolesterol daripada berkumpul dalam badan memandangkan ia kaya dengan serat.
Amalkan: Makan seperti snek dalam kadar segenggam setengah.
Banyakkan makan makanan yang ini jika anda ingin mengurangkan kolesterol tinggi. Makan banyak pun tak apa sebab semuanya sedap.
Semoga membantu dan selamat mencuba.
Kredit: Leha Yusuf