Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Bila Usia Bayi Dah Cecah 6 Bulan, Anda Boleh Beri Makan Buah Ini. Walaupun Nampak Pelik Tapi Banyak Khasiatnya!

Bila Usia Bayi Dah Cecah 6 Bulan, Anda Boleh Beri Makan Buah Ini. Walaupun Nampak Pelik Tapi Banyak Khasiatnya!

Kategori: ,
kebaikan buah naga

Apabila usia bayi makin meningkat, para ibu lah yang paling teruja kerana terdapat pelbagai resepi dan makanan sihat yang mereka boleh cuba untuk bayi mereka.

Bila bayi sudah mencecah usia 6 bulan, pelbagai makanan pejal yang para ibu boleh sediakan untuk mereka. Antaranya buah-buahan. Dalam banyak-banyak buah-buahan, buah naga perlu diberikan kepada bayi anda kerana ia merupakan antara buah-buahan yang sangat bagus untuk bayi.

Tengok buah naga pun rasa gerun juga, kan? Bentuk dan warna yang unik, dengan biji-bijian pada isinya buat kita tertanya-tanya samada ianya selamat untuk diberi pada bayi. Walaupun kelihatan pelik, namun Nuyu Cuma telah berkongsi 6 kebaikan buah naga pada bayi di group Resepi Makanan Bayi di Facebook. Anda perlu tahu!

 6 Kebaikan Buah Naga Pada Bayi Anda

Anak Jarang Sakit.

Buah naga mengandungi antioksida tinggi yang dikenali sebagai Fenol. Ia dapat melindungi bayi dari radikal bebas yang membuatkan si kecil tak mudah jatuh sakit. Ianya juga bantu melindungi bayi dari penyakit umum.

Melindungi Gigi

Gigi bayi yang baru tumbuh sangat mudah rosak akibat makanan manis. Tapi antara khasiat buah naga ialah kandungan vitamin C yang tinggi yang dapat menggalakkan perkembangan otot, tulang dan gigi. Ia dapat bantu gigi bayi kekal sihat dan tak mudah rosak.

Tulang Bayi Jadi Lebih Kuat

Selain kandungan vitamin C, buah naga turut kaya dengan mineral seperti pottasium dan kalium yang membantu bayi jadi lebih kuat, terutamanya di bahagian tulang. Khasiat buah naga juga dapat melindungi bayi dari mendapat risiko penyakit Arthritis.

Bayi Kurang Kembung Perut

Antara masalah yang sering dihadapi bayi adalah kembung perut yang boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada mereka. Buah naga yang tinggi dengan serat dapat membantu bayi anda mempunyai sistem pencernaan yang sihat. Jadi, selain atasi masalah kembung perut, ia juga dapat bantu dengan masalah sembelit.

Serat yang tinggi pada buah ini juga dapat menjaga keseimbagan kadar gula darah dan membantu si kecil untuk meningkatkan berat badan secara sihat.

Rambut Bayi Lebih Tebal Dan Lebat

Zat besi yang terkandung dalam buah naga memberi nutrisi pada rambut bayi. Jadi kalau anda nak rambut bayi anda tambah sihat, boleh berikan mereka makan buah naga. Selain dari rambut, zat besi yang ada pada buah naga juga sangat bagus untuk menambahkan sel darah merah pada bayi. Ini dapat membekalkan oksigen pada seluruh badan dan mengelakkan dari penyakit Anemia.

Sangat banyak kebaikan buah naga pada bayi kita, kan? Anda tak perlu risau, tekstur isi buah naga yang lembut dan licin menjadikan ia makanan yang sesuai untuk bayi anda. Jadi untuk para ibu dan mommy-to-be, jadikan buah naga pilihan buat anak anda.

Selain sesuai dibuatkan smoothie, anda juga boleh jadikan buah naga sebagai pudding atau kalau nak mudah atau sibuk, potong kecil-kecil dan jadikan snek buat bayi anda.

Semoga info ini sedikit sebanyak membantu.

Kredit: Nuyu Cuma

Baca Juga: Resepi Cocktail Buah Paling Sedap, Semudah ABC Je

tags: |