Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Sambal Tahun Ikan Bilis. Resepi Legend Yang Ringkas, Sedap & Membuka Selera!

Resepi Sambal Tahun Ikan Bilis. Resepi Legend Yang Ringkas, Sedap & Membuka Selera!

Kategori: ,

Sambal Tahun Ikan Bilis merupakan antara menu yang sangat simple namun mampu membuka selera. Sambal ini merupakan sambal legend. Pastinya sesiapa yang membesar pada tahun 1980 an tahu dan sudah biasa makan Sambal Tahun Ikan Bilis ini.

Bukan sahaja rasanya  sedap malah nak menyediakan juga cukup ringkas. Lelaki bujang pun boleh buat ni. Guna apa yang ada dekat rumah je, Nak tahu cara menyediakannya? Jom kita ikuti perkongsian Mazlina Haji Ismail ini.

Cara Buat Sambal Tahun Ikan Bilis Yang Ringkas & Enak! 

Bahan-bahan: 

  • Ikan bilis | Goreng garing (guna minyak baru) – Beli di Shopee
  • Lada burung | Cabai ikan bilis (Jika semangkuk, lada burung juga semangkuk) – Belah dua
  • 4 ulas bawang putih | dihiris
  • 2 inci halia | hiris panjang
  • 1 sudu gula kasar (ikut manis)
  • 1 sudu asam jawa | bancuh dengan 1/2 cawan air (ikut masam sendiri, kuah tak boleh banyak)

Cara Penyediaan: 

  1. Tumis lada, bawang, halia (gunakan minyak goreng ikan bilis).
  2. Terus masukkan gula, kacau sampai lada berkilat dan naik bau. Lebih kurang 30 saat. Namun pastikan cili masih cantik, tidak kecut akibat terlalu lama memasak.
  3. Kemudian masukkan air asam jawa, kacau dan rasa cukup masak, manis dan pedasnya.
  4. Bila sudah mendidih sekali, tutup api.
  5. Masukkan ikan bilis dan kacau rata.
  6. Siap untuk dihidangkan.

Mudah sahaja kan nak sediakan Sambal Tahun Ikan Bilis ini? Jadi kalau korang rasa tiada selera nak makan nasi, mungkin boleh cuba sediakan lauk yang simple namun menyelerakan ini. Kalau makan dengan nasi putih yang baru masak, lagilah bertambah nikmat! Jadi tunggu apa lagi, jom kita masak sekarang!

Selamat mencuba!

Kredit: Mazlina Haji Ismail Via MAHN

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat Sambal Bilis Rangup Dan Sedap, Berhari-Hari Pun Masih Lagi ‘Krap Krup Krap’!

tags: | | |