Pasti ramai yang sudah mengenali Syahmi Sazli ini. Beliau merupakan YouTuber yang terkenal dengan video dan cerita lawak.
Syahmi Sazli yang berasal dari Kelantan ini pernah menjadi pengarah filem Mael Totey The Movie. Jika sebelum ini dia hanya fokus kepada penghasilan video atau cerita sahaja namun kini lain pula ceritanya.
Lebih kurang empat bulan tiada video baharu diterbitkan memandangkan ketika ini negara kita masih berdepan dengan COVID-19. Syahmi akui, pendapatannya terjejas namun situasi berkenaan telah menjadikannya lebih kreatif.
Beliau telah menjalankan perniagaan menerusi laman e-dagang Shopee dengan menjual Kuah Mukbang jirannya. Hasil dari jualan itu, dia menjana pendapatan bersih sekitar RM100,000 hanya dalam masa 2 minggu. Menurut Syahmi, jirannya itu mendapat RM70,000 hasil dari keuntungan tersebut.
Kuah Mukbang yang sudah terjual lebih kurang 12,000 botol itu merupakan kuah segera yang sedia dimakan dengan udang, sotong, siput, kerang dan makanan laut lain.
Akui Syahmi lagi, dia bersyukur dan tidak menyangka bahawa pendapatan daripada perniagaan ini lebih banyak daripada hasilkan video YouTube.
Kredit: Mstar
Baca juga: Pelajar Tunjuk Teknik Pindahkan Kuah Bila Guna Bekas Makanan Macam Ni, Ramai Yang Baru Tahu