Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Simpan Selalu Rosak, Amalkan Tips Ini Bila Simpan Sayur. Dah 10 Hari Pun Masih Segar!

Simpan Selalu Rosak, Amalkan Tips Ini Bila Simpan Sayur. Dah 10 Hari Pun Masih Segar!

Kategori:
tips sayur kekal segar

Sayur-sayuran antara bahan masakan yang mudah dan murah didapati di kedai. Tapi, belum sempat beberapa hari dah mula rosak dan layu. Sangat membazir! Hampir setiap minggu kena beli yang baru.

Walaupun sudah cuba macam-macam cara tapi sayur tetap rosak bila disimpan dalam peti ais. Bungkus dan simpan elok dalam bekas pun tak menjadi. Sebenarnya, sebelum anda simpan dalam bekas, ada beberapa tips yang anda perlu amalkan untuk sayur kekal segar.

Di Facebook, Aisyah Abu telah kongsikan tips sayur kekal segar di group Masak Apa Hari Ni. Simpan selama 10 hari pun masih elok. Jom baca tips ini untuk ketahui caranya.

Tips Sayur Kekal Segar

  1. Satukan semua sayur dalam satu bekas yang besar dan rendam bersama air yang ditambah sedikit garam selama 10 minit.
  2. Keluarkan sayur dari air rendaman dan toskan selama beberapa minit.
  3. Rendamkan balik sayur dalam air sahaja tanpa garam selama 5 minit sahaja.
  4. Toskan lagi sampai air kering dari sayur. Lepas itu, masukkan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti ais. Dah siap.

Sangat senang, mudah dan jimat untuk kekalkan kesegaran sayur. Tak perlu risau tentang sayur yang baru dibeli akan rosak. Sekarang dah tak perlu bazirkan minyak kereta untuk ke kedai hari-hari nak beli sayur. Simpan lama-lama pun masih elok dengan mengamalkan tips ini. 10 hari pun sayur anda dijamin masih segar.

Selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan pada kawan-kawan.

Kredit: Aisyah Abu

Baca Juga: Petua Simpan Daun Ketumbar Supaya Kekal Segar & Hijau Selepas ‘Sebulan’

 

tags: |