Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Ayam Cepat Bau Busuk? Amalkan Petua Ini Untuk Buangkan & Ayam Kekal Segar

Ayam Cepat Bau Busuk? Amalkan Petua Ini Untuk Buangkan & Ayam Kekal Segar

Kategori: ,
petua

Ayam sering digunakan dalam pelbagai masakan. Ini kerana ianya sangat mudah didapati dan lebih murah berbanding ikan dan daging. Selain itu, ayam juga sangat mudah untuk dimasak dengan pelbagai resepi. Bila ke pasar, memang wajib beli ayam!

Tapi, anda pernah tak terkena bila beli ayam? Walaupun nampak segar di pasar, tapi bila balik saja, dah ada bau yang kurang elok. Tak pun, jika lambat dibasuh, ayam itu pun dah mula ada bau yang kurang menyenangkan. Rasa sangat kecewa, kan?

Tak perlu buang ayam, masalah itu boleh saja diselesaikan dengan menggunakan cuka! Tak percaya? Boleh cuba sendiri perkongsian petua ini dari Lia Yob Ibrahim di Facebook. Jom lihat perkongsian penuh olehnya.

Cara Buang Bau Busuk Dan Ayam Kekal Segar

  1. Basuh ayam seperti biasa, buang darah dan lemak berlebihan dahulu.
  2. Lepas itu, rendamkan ayam itu dengan air ditambah dengan cuka buah (boleh guna cuka ini). Kalau nak guna cuka makanan pun boleh.
  3. Biar seketika. Selepas itu, bersihkan semula dengan air biasa. Angkat dan toskan. Siap cuci!

Bukan saja bau busuk pada ayam itu akan hilang, tapi lemak yang degil pun akan mudah untuk dibuang bila amalkan petua ini. Ayam pun nampak bersih dan segar. Selepas cuci boleh lah simpan dalam peti ais seperti biasa atau masak.

Jangan lupa untuk cuba petua ini nanti. Semoga bermanfaat.

Kredit: Lia Yob Ibrahim

Baca Juga: Rahsia Simpan Daun Kari Berbulan Tahan & Bau Kekal Sama Macam Baru Petik

tags: