Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Rahsia Kulit Cantik Dan Awet Muda, Amalkan Susu Almond Kunyit Yang Enak Penuh Berkrim Ini

Rahsia Kulit Cantik Dan Awet Muda, Amalkan Susu Almond Kunyit Yang Enak Penuh Berkrim Ini

Kategori: ,
susu almond kunyit

Kacang badam atau lebih dikenali sebagai kacang almond mempunyai pelbagai kebaikan. Sangat kaya dengan vitamin A, C, kalsium, besi, vitamin B6 dan D, bersama dengan lemak yang baik. Anda sebenarnya boleh memanfaatkan sepenuhnya manfaat badam untuk kesihatan, rambut, mata, kulit dan seluruh badan. Almond ini sangat baik untuk menurunkan tahap kolesterol, mengurangkan serangan jantung, mencegah kanser, meningkatkan kesihatan otak, dan lain-lain.

Bila bercerita mengenai kunyit pula, sangat banyak kebaikannya. Digunakan sejak dahulu lagi, kunyit diperkaya dengan Vitamin C dan sangat tinggi dengan antioksida, anti-inflamasi , dan antimikroba.

Dua bahan ini sangat bagus untuk kesihatan kulit kita. Jadi, sangat disarankan untuk mengambilnya untuk sihat dan awet muda. Jom baca resepi susu almond kunyit oleh Nina Nuar di Facebook. Nak cantik dan sihat? Jom baca perkongsian olehnya.

Resepi Susu Almond Kunyit Untuk Awet Muda

Bahan-Bahan

  • Kacang badam
  • Kunyit 2 inci
  • Garam
  • Air

Cara-Cara Penyediaan

  1. Ambil badam mentah segenggam atau lebih dan rendam selama semalaman atau selama 6 hingga jam. Jangan panggang atau masak kacang tersebut, biar mentah.
  2. Ambil kunyit dan buang kulit dan rendam dengan garam selama 1 jam untuk buang getah.
  3. Buang air rendaman kacang almond dan rendaman kunyit itu. Kisar almond dan kunyit.
  4. Kemudian, masukkan air, sedikit demi sedikit. Ikut nak pekat macam mana. Tambah secubit garam untuk rasa lemak.
  5. Bila siap dikisar, tapis air susu almond. Ketepikan hampas. Hampas ini boleh buat masker atau skrub muka dan badan, boleh campur kuning telur dan madu. 
  6. Simpan dalam peti ais. Minum terus pun boleh.

Nota: Jika anda tak suka dengan rasa pada kunyit, boleh gunakan kacang almond saja. Selain itu, tak perlu letakkan gula kerana susu almond ini dah sedia manis berlemak.

Nak jaga kecantikan kulit wajah boleh lah ambil susu ini. Bila kulit kita sihat secara dalaman, tak perlu pun mekap tebal-tebal untuk cantik. Amalkan 2 hingga 4 kali sebulan pun boleh. Mudah saja sebenarnya nak cantik ini.

Selamat mencuba.

Kredit: Nina Nuar

Baca Juga: Wanita Ini Kongsikan Resepi Ayam Menangis Meraung Yang Sedap, Menjadi Kesukaan Suami.

tags: