Masakan paprik sangat terkenal di Malaysia. Walaupun begitu, masakan ini mempunyai asal-usul dari Thailand. Sekarang, terdapat pelbagai resepi padprik yang mudah dan sedap untuk disediakan seperti paprik sardin, paprik ayam, paprik sotong dan sebagainya.
Jika anda inginkan kelainan dan mempunyai bahan lebih di dapur, boleh lah cuba resepi paprik campur yang dikongsikan oleh Rofiesyah Jaafar. Nampak mudah dan sangat menyelerakan. Jom baca untuk ketahui resepi penuh.
Resepi Paprik Campur
Bahan-Bahan
- Bawang putih
- Cili padi
- Daun limau purut
- Cili kering kisar atau cili giling
- Sos tiram
- Gula
- Kicap sotong
- Carrot
- Garam
- Gula
- Ajinomoto (jika perlu)
- Tomato
- Sayur-Sayuran
- Ayam
- Udang
- Daun limau purut
Cara-Cara Penyediaan
- Panaskan minyak, goreng ayam, sotong dan udan. Goreng satu-satu ya, sebab ayam, udang dan sotong tak masak pada masa yang sama. Goreng sekejap saja. Kemudian, angkat.
- Lepas itu, masukkan bawang putih, goreng hingga naik bau atau warna perang.
- Masukkan cili giling, tumis sebentar, masukkan sedikit air dan diikuti sos tiram dan kicap sotong. Kacau hingga pecah minyak.
- Masukkan bahan perasa seperti gula, ajinomoto dan garam jika perlu. Sos tiram dan kicap sotong dah sedia masin.
- Masukkan ayam, udang dan sotong yang digoreng tadi. Goreng sehingga betul-betul masak.
- Masukkan cili padi, bawang besar jika nak pedas. Masukkan sedikit air jika perlu.
- Kemudian, masukkan daun limau purut, sayur kesukaan anda. Kacau sehingga sayur masak dan keringkan sedikit air.
- Siap dan sedia untuk dihidang.
Tengok gambar pun dah rasa sangat berselera dengan resepi mudah ini, kan? Nanti bila nak ke dapur boleh lah cuba. Resepi paprik campur tetap menyelerakan dan sangat sedap. Keluarga mesti suka!
Selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan resepi mudah ini.
Kredit: Rofiesyah Jaafar via Aneka Resepi Untuk Anda
Baca Juga: Resepi Original From Thai, Sup Ayam Belanda Siam. Rasa Masam, Berlemak & Beraroma Memang Terlajak Sedap!