Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Resepi Nugget Homemade Yang Enak, Makan Tak Pernah Puas!

Ini Resepi Nugget Homemade Yang Enak, Makan Tak Pernah Puas!

Kategori: ,
nugget homemade

Nugget memang menjadi kesukaan ramai, kan? Terutama anak-anak. Sekarang, terdapat pelbagai pilihan nugget frozen di pasaran tapi selamat ke? Dah la mahal. Goreng beberapa kali pun dah habis. Lebih bagus jika buat nugget homemade sendiri.

Kalau nak cuba buat nugget homemade, jom cuba perkongsian resepi oleh Hawa Aziz di group Masak Apa Hari Ni (MAHN). Nampak sungguh sedap! Jom baca untuk ketahui resepi penuh olehnya.

Resepi Nugget Homemade

Bahan-Bahan

  • 3 ketul isi ayam
  • 5 sudu serbuk roti
  • Carrot (dicincang)
  • 1 sudu tepung ubi
  • Garam
  • Lada hitam
  • Telur

Cara-Cara Penyediaan

  1.  Tumbuk-tumbuk isi ayam.
  2. Campurkan carrot dengan serbuk roti, gaul hingga rata. Ketepikan. 
  3. Campurkan isi ayam, garam, serbuk lada hitam dan tepung ubi, gaul sehingga sebati.
  4. Lepas itu, bentukkan campuran isi ayam itu ikut suka. Letak dalam peti selama 20 minit.
  5. Keluarkan dari peti, dan salutkan dengan serbuk roti tadi dan telur.
  6. Goreng dengan api serdehana sebab serbuk roti itu cepat hangit.
  7. Angkat dan toskan. Hidang bersama sos cili.

Kalau buat untuk anak-anak, mesti mereka suka. Rupanya mudah saja nak buat nugget homemade. Nanti tak perlu lah beli, dah la mahal. Buat sendiri tetap jimat dan sedap.

Selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan resepi ini pada semua.

Kredit: Hawa Aziz

Baca Juga: Tak Perlu Pergi Beli Dah! Ini Resepi Ayam Korea, Rupanya Mudah Saja Nak Buat Sosnya!

 

tags: