Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Dadih Susu Sedap Macam Pasar Malam, Serius Mudah Dan Jimat Berkali Ganda.

Resepi Dadih Susu Sedap Macam Pasar Malam, Serius Mudah Dan Jimat Berkali Ganda.

Kategori: ,
dadih susu

Dadih merupakan produk tenusu yang menyerupai yogurt tradisional khas dalam masyarakat Minangkabau. Di pasar malam, ianya sering dijual jadi bagi peminat dadih, bila ke sana, mesti dibeli. Tapi memandangkan musim sekarang, memang agak sukar untuk jumpa dadih susu.

Rasa yang berkrim , dengan teksturnya yang lembut dan cair di mulut membuatkannya sangat digemari dalam kalangan kanak-kanak. Jadi, untuk gembirakan hati anak-anak, jom lah cuba resepi dadih susu oleh Najah Ahmad di Facebook. Jom baca untuk perkongsian penuh olehnya.

Resepi Dadih Susu Sedap Macam Pasar Malam

Bahan-Bahan

  • 1 liter susu kotak apa-apa jenama (guna jenama ini untuk lebih sedap)
  • Agar-agar tali 20 gram, guna 1/3 sahaja
  • Gula ikut suka
  • Garam secubit
  • Air masak atau air tapis 1 liter

Cara-Cara Penyediaan

  1. Ambil 1/3 agar-agar bertali dan masak bersama air 1 liter dengan menggunakan api yang perlahan sehingga larut.
  2. Masukkan susu kotak semua, tambah gula dan garam secukupnya.
  3. Tak perlu mendidih jika nak tekstur cantik. Cukup jika bagi panas saja atau naik wap panas.
  4. Tapis dan sejukkan sikit sebelum di masukkan dalam bekas.
  5. Akhir sekali, tuang dalam bekas satu-satu.
  6. Tunggu keras sikit dan bolehlah simpan dalam peti sejuk. Siap, keluarkan bila nak makan.

Resepi ini kiranya paling ringkas. Kalau nak ganti dengan sus coklat atau strawberi pun boleh. Ada juga orang yang tambahkan Nescafe atau Milo. Menarik, kan? Tak kisahlah ikut kreativiti masing-masing. Yang penting sedap dan berbaloi serta sangat mudah untuk buat sendiri di rumah.

Selamat mencuba.

Kredit: Najah Ahmad

Baca Juga: Rahsia Kulit Cantik Dan Awet Muda, Amalkan Susu Almond Kunyit Yang Enak Penuh Berkrim Ini.

 

tags: