Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Maggi Goreng Paling Sedap Di Dunia, Sangat Mudah & Yang Penting Letak ‘Gula’ Sikit Je!

Resepi Maggi Goreng Paling Sedap Di Dunia, Sangat Mudah & Yang Penting Letak ‘Gula’ Sikit Je!

Kategori: ,
resepi maggi goreng

Maggi memang sinonim dengan masyarakat Malaysia. Kalau tiada makanan lain, malas memasak atau malas keluar membeli, pastinya Maggi yang akan timbul di benak fikiran kan? Tapi tak kan la nak makan Maggi biasa sahaja kan, alangkah enaknya kalau dapat Maggi Goreng.

Nak buat Maggi Goreng pun sangat mudah je, nak cuba buat? Jom ikuti resepi yang dikongsikan oleh Wan LuQman ini. Katanya Maggi Goreng ini lebih mudah disediakan jika dibandingkan dengan membuat Bihun Goreng 12 Sudu yang viral tu. Lagi pula gula yang digunakan pun sikit sahaja.

Cara Buat Maggi Goreng Yang Simple

Bahan-bahan:

Cara Penyediaan:

  1. Mula-mula goreng telur dahulu.
  2. Rebus maggi. Rebus jangan lama sangat. Nanti lembik.
  3. Kemudian tumis bawang putih dan lada jarum.
  4. Masukkan pula seafood pilihan anda.
  5. Pecahkan sebiji telur.
  6. Kemudian masukkan maggi yang direbus tadi.
  7. Masukkan pula 1 sudu sos tiram, 1 sudu nampla dan 1 sudu sos cili.
  8. Selepas itu, masukkan air limau 1/2 sudu. Kalau takde, boleh letak tomato je.
  9. Masukkan sedikit namprik/cili pes tomyam.
  10. Kemudian masukkan pula sedikit gula dan kicap pekat dalam 1 1/2 sudu.
  11. Masukkan apa-apa sayuran yang korang suka.
  12. Kacau sebati dengan api besar dan siap. Boleh tabur daun bawang dan bawang goreng.
  13. Siap untuk dihidangkan. 

 

Mudah sahaja kan nak sediakan Maggi Goreng ini? Tengok gambar pun dah tahu sedap. Buat ramai yang terliur ni. Yang penting tak guna sebarang MSG dan rempahnya juga. Jadi tunggu apa lagi, jom kita masak sekarang.

Selamat mencuba!

Kredit: Wan LuQman Via MAHN

Baca juga: Khas Untuk Peminat Kerabu Maggi, Ini Dia Resepi Kerabu Maggi Terpaling Menjadi & Sedap. Dah Macam Dekat Thailand!

tags: |