Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Thailand Pun Ada Nasi Briyani? Ini Resipi Nasi Khao Mok Gai Yang Lengkap Dan Perlu Anda Cuba!

Thailand Pun Ada Nasi Briyani? Ini Resipi Nasi Khao Mok Gai Yang Lengkap Dan Perlu Anda Cuba!

Kategori: ,
khao mok gai

Nasi Briyani sudah merupakan satu hidangan yang terkenal dan sering dihidang di kedai mamak. Tapi tahukah anda, di Thailand, mereka juga mempunyai nasi briyani mereka tersendiri yang dikenali sebagai nasi khao mok gai. Rakyat Kelantan pula memanggilnya nasi komok sahaja.

Apa yang istimewanya dan berbeza mengenai nasi khao mok gai ini, selain menggunakan bahan-bahan yang sering digunakan dalam masakan Thailand seperti serai dan ketumbar, ianya turut dihidang bersama sos thai yang sedap dan pedas. Jadi, kalau nak cuba boleh ikuti resepi oleh Mimi Hazrin.

Resipi Nasi Khao Mok Gai

Bahan-Bahan Nasi

  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
  • 4 ulas bawang merah (ditumbuk kasar)
  • 1 inci halia (tumbuk kasar)
  • 1 sudu besar serbuk kurma
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 kiub pati ayam
  • 3 sekawan – kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
  • Minyak ghee atau minyak masak
  • Daun pandan (disimpul)
  • Daun ketumbar
  • Serai (diketuk)
  • Garam

Cara-Cara Penyediaan Nasi

  1. Tumis bahan tumbuk kasar bersama minyak ghee atau minyak masak sehingga naik bau.
  2. Masukkan serbuk kurma, serbuk kunyit, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, kiub pati ayam, dan garam.
  3. Kacau bagi rata dan boleh masukkan dalam beras yang dah ditoskan.
  4. Masak nasi seperti biasa.

Bahan-Bahan Perapan Ayam Goreng

  • 6 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 sudu besar biji ketumbar (dikisar)
  • Akar ketumbar (dikisar)
  • 2 inci kunyit hidup (dikisar)
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 2 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 kiub pati ayam

Cara Penyediaan Ayam Goreng

  1. Kisar semua bahan yang perlu dikisar.
  2. Lepas kisar, campurkan semua bahan dan perap ayam dengan campuran itu.
  3. Perap sekurang-kurang 1 jam. Simpan dalam peti ais.
  4. Bila nak masak, keluarkan dari peti ais.
  5. Biarkan selama 30 minit sebelum menggoreng.

Bahan-Bahan Sos Thai

  • 3 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 1 inci halia (dicincang halus)
  • 2 sudu besar cili flakes
  • 2 sudu besar cuka
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • Daun ketumbar
  • Garam

Cara-Cara Penyediaan Sos Thai

  1. Masukkan bahan-bahan yang dicincang halus bersama gula, cuka, cili flakes, garam dan air secukupnya.
  2. Masukkan sos tomato dan air bancuhan tepung jagung.
  3. Masak sehingga likat, tabur daun ketumbar.
  4. Siap untuk dihidang.

Sangat lengkap resepi ini. Badi bagi peminat nasi briyani, boleh lah cuba resepi mudah ini. Tengok gambar pun dah rasa berselera, kan?

Selamat mencuba dan jangan lupa cuba resepi ini.

Kredit: Mimi Hazrin

Baca Juga: Dikenali Sebagai Kari Hulk, Ini Resepi Kari Hijau Thai Yang Anda Perlu Cuba!

tags: |