Ikan cencaru atau turut dikenali sebagai ikan jacket dan ikan keras ekor sangat terkenal dalam masakan Melayu. Selalunya ianya digunakan dalam pelbagai jenis resepi seperti ikan cencaru masak kicap, asam pedas ikan cencaru, dan sebagainya. Tapi ikan ini pun lebih sedap jika dibakar atau digoreng.
Bagi anda yang mencari menu tengah hari yang simple dan mudah, boleh lah cuba resepi ikan cencaru sumbat sambal portugis. Selalunya kita lihat menu ini di kedai makan, kan? Sebenarnya tak susah pun nak buat sendiri. Ikut je step by step oleh Shiela Ramli. Jom baca untuk perkongsian penuh resepinya.
Nota: Kalau nak bakar ikan pun boleh. Ikut selera masing-masing dan anda juga boleh guna apa jenis ikan dengan resepi ini.
Menu ini sangat mudah jadi tak hairan lah kenapa ianya menjadi sangat popular untuk makan tengah hari. Masak sambal banyak-banyak untuk lebih puas. Sekali cuba, mesti nak lagi!
Selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan resepi ini.
Kredit: Shiela Ramli via Aneka Resepi Untuk Anda
Baca Juga: Resepi Kuah Lada Kelapa Bakar, Persis Asam Pedas Tapi Lebih Sedap Dan Sangat Istimewa!