Pandemik Covid-19 yang melanda dunia bukan sahaja telah menjejaskan kehidupan dan sumber makanan bagi manusia tetapi haiwan juga turut terkesan. Baru-Baru ini, kecoh sebuah kampung di Bali apabila rumah penduduk disana telah ‘diserang’ sekumpulan monyet!
Memandangkan haiwan di pulau itu telah terputus sumber makanan, ia telah menyerang kampung terdekat untuk mencari makanan. Sebelum ini, monyet di pulau Indonesia itu sering bergantung pada pelancong untuk memberi mereka makan tapi kerana pandemik, mereka telah kelaparan dan mula ke kampung.
Kerana jumlah pelancong di pulau Bali telah berkurangan ekoran pandemik COVID-19, monyet-monyet itu telah berpindah ke kampung untuk mencari makan.
Seorang penduduk di kampung Sangeh, telah meluahkan kerisaun berkenaan isu tersebut dan telah memerhatikan bahawa monyet-monyet telah mula berada di atas bumbung rumah di kampung itu untuk mencuri.
Pernah ada kes ekstrem apabila monyet-monyet yang kelaparan telah memecahkan bumbung dengan cubaan melompat untuk mencuri makanan.
Untuk mengelakkan ‘serangan’ dari haiwan itu, penduduk di sana telah mula memberi makanan seperti buah-buahan, kacang, dan lain-lain di Sangeh Monkey Forest untuk mengelakkan mereka ke kampung.
Sangeh Monkey Forest mempunyai seramai 6000 pengunjung dalam masa sebulan tapi kesan dari pandemik, jumlah pengunjung sekarang telah menurun kepada 500 orang sahaja.
(Sangeh Monkey Forest)
Apabila Indonesia telah melaksanakan sekatan pelancong pada awal Julai, Sangeh Monkey Forest terpaksa ditutup buat sementara waktu buat pengunjung.
Kuil Pura Bukit Sari yang berdekatan juga tidak mampu untuk memberi makan pada monyet-monyet kerana kekurangan sumbangan dan kos makanan yang boleh mencecah Rs 850,000 (RM 247) untuk sehari.
Namun, penduduk kampung yang berdekatan turut bantu dengan memberi sumbangan tapi keadaan ekonomi yang mencabar menghalang mereka untuk memberi lebih.
Kerana monyet di Sangeh Forest sudah terbiasa diberi makan oleh pelancong, mereka sudah bergantung dengan manusia berbanding mencari makanan dengan sendiri di dalam hutan.
Kredit: AP News