Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Selepas Period, Amalkan Minuman Ini Untuk Mencuci Rahim Dan Segarkan Badan. Memang Rasa Ringan Lepas Tu!

Selepas Period, Amalkan Minuman Ini Untuk Mencuci Rahim Dan Segarkan Badan. Memang Rasa Ringan Lepas Tu!

Kategori: ,
MENCUCI RAHIM

Mempunyai rahim yang sihat menjadikan wanita itu bukan saja tampil menawan, tapi turut cantik dan cergas. Jadi, amat lah penting buat kaum wanita untuk menjaga kesihatan dan kebersihan rahim untuk mengelakkan pelbagai penyakit seperti kanser.

Selepas saja haid atau period, badan kita masih lagi berada dalam keadaan letih dan lesu kerana rahim kita masih lagi kotor. Buat anda yang mencari cara untuk mencuci rahim secara semulajadi, anda boleh amalkan minuman yang dikongsikan oleh Ct Arfan Amir. Jom baca dengan lebih lanjut untuk perkongsian penuh.

Air Rebusan Untuk Cuci Rahim Dan Segarkan Badan

Bahan-Bahan

  • Halia sebesar ibu jari
  • Kunyit sebesar ibu jari
  • Daun pandan 3 helai
  • Serai 4 hingga 5 batang
  • Madu atau gula batu
  • Air 3 cawan

Cara-Cara Penyediaan

  1. Serai diketuk.
  2. Hiriskan halia dan kunyit tak terlalu nipis.
  3. Sediakan air 3 cawan.
  4. Campur dan rebus dengan bahan-bahan yang lain tadi sehingga mendidih.

Nota: Kalau nak hilangkan keputihan, boleh tambah dauh sireh 2 helai.

mencuci rahim

Sebagai seorang wanita, anda perlu menjaga kesihatan rahim untuk elakkan pelbagai masalah kesihatan nanti. Jadi, tak salah pun amalkan minuman ini untuk mencuci rahim kita. Mudah dan jimat saja, orang dahulu pun selalu amalkan.

Semoga bermanfaat.

Kredit: Ct Arfan Amir

Baca Juga: Dalam Masa ‘Satu’ Hari Sahaja Dah Boleh Hilang, Ini Tips Paling Mudah Untuk Hilangkan Batuk!

 

 

tags: |