Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Dengan 5 Ribu Lebih Share Di Facebook, Ini Resepi Wool Bread Yang Manis Dan Lebih Sedap Dari Kedai Bakeri!

Dengan 5 Ribu Lebih Share Di Facebook, Ini Resepi Wool Bread Yang Manis Dan Lebih Sedap Dari Kedai Bakeri!

Kategori: ,
wool bread

Anda mesti ingat pada wool bread yang pernah viral di media sosial, kan? Tapi apa itu wool bread dan dari mana roti itu mendapat nama itu?

Sebenarnya, roti ini mendapat gelarannya dari bentuknya yang sama seperti gulungan benang wol. Bentuk yang unik inilah yang berjaya menarik perhatian ramai di media sosial dan rata-rata pengguna masih lagi membuat roti ini di rumah.

Walapun nampak susah, anda juga boleh menyediakan roti ini dari rumah dengan menggunakan beberapa bahan sahaja. Bagi yang minat dengan membuat kek dan roti di rumah, wajib lah cuba resepi wool bread yang dikongsikan oleh fen.z. Jom baca untuk kita cuba sendiri.

Resepi Wool Bread

Bahan-Bahan

  • 850 gram tepung high protein
  • 150 gram tepung protein sedang
  • 60 gram susu tepung full cream
  • 150 gram gula
  • 12 gram garam
  • 4 biji telur
  • 150 gram whipping cream
  • 150 gram susu cair
  • 200 gram ais batu
  • 16 gram yis
  • 150 gram marjerin
  • 10 gram bread improver (optional)

Bahan-Bahan Olesan

  • 1 biji kuning telur
  • 40 gram susu cair

Cara-Cara Penyediaan

  1. Masukkan semua bahan kering kecuali garam, uli sampai sebati.
  2. Masukkan bahan basah, campur sampai menjadi doh dan masukkan garam serta marjerin. wool bread
  3. Uli sampai doh berkilat. wool bread
  4. Timbang dan rehatkan doh sebelum dibentuk. wool bread
  5. Bentukkan doh dan masukkan ke dalam loyang yang telah disapu marjerin. wool bread
  6. Sapu susu cair atau bahan olesan. Tunggu kembang dan bakar dengan suhu 180c ikut oven memasing selama 20 minit. wool bread
  7. Siap untuk dihidang!

Alahai, rupanya mudah saja nak buat sendiri wool bread ini. Cuma perlukan beberapa bahan sahaja. Nanti anda boleh lah cuba resepi ini dengan anak-anak di rumah. Ada masa terluang, kita spend time dan cuba resepi baru. Baru lah dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Selamat mencuba.

Kredit: Instagram @fen.z

Baca Juga: Resepi Epal Pai Ala McD, Cuma Guna Roti Gardenia Saja! Sekali Cuba Mesti Nak Lagi!

 

tags: |