Sakit kepala itu telah menjadi kebiasaan dan setiap orang akan alaminya dari masa ke semasa. Ada orang yang mengalami sakit kepala yang biasa-biasa saja tapi ada juga yang alami kesakitan yang sangat teruk.
Selalunya bila sakit kepala, apa yang kita selalu lakukan? Mesti kita akan mengambil ubat Panadol untuk legakan. Walaupun ubat itu dapat membantu meredakan kesakitan, adanya lebih elok jika kita mengamalkan petua yang mudah, tak perlu keluarkan kos apa-apa.
Kalau bukan dengan Panadol, ada ke cara alternatif? Banyak sangat! Malah, di Facebook, Anis Nabilah tak keberatan untuk kongsikan petua untuk legakan sakit kepala yang anda sendiri boleh amalkan. Mudah dan sangat jimat, tak perlukan kos yang banyak. Jom baca untuk ketahui!
Pengambilan air dapat melegakan sakit pada kepala kerana kemungkinan punca kesakitan itu berlaku kerana badan kita kekurangan air. Selain itu, membasuh kepala juga dapat melegakan saluran darah yang boleh mengurangkan kesakitan kepala. Tidur yang pendek pula dapat merehatkan badan kita jadi boleh lah amalkan.
Jadi, bila selalu mengalami sakit kepala, boleh lah amalkan petua ini. Mudah sahaja! Tak ada lah kena selalu bergantung dengan ubat selepas ini.
Semoga bermanfaat
Kredit: Anis Nabilah
Baca Juga: Amalkan Minuman Ini Untuk Buang Angin Dalam Badan, Petua Dari Ustazah Darussyifa.