Zaman semakin moden, pelbagai teknologi baharu yang dibuat bagi memudahkan kerja manusia. Sama juga dalam bersedekah. Pelbagai cara yang lebih mudah untuk kita bersedekah. Tidak kiralah sama ada si pemberi atau pun si penerima.
Seperti mana video yang dikongsikan oleh KamiAda di aplikasi TikTok berkenaan dengan sebuah ATM beras yang diletakkan di Masjid Al-Akram, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Mungkin sudah ramai yang mendengar tentang mesin canggih ini. Mesin ini adalah dikhaskan untuk urusan pemberian beras. Ianya hampir sama dengan mesin ATM di bank.
Bagi setiap asnaf atau pemohon, mereka akan diberikan kad khas. Kad tersebutlah yang akan digunakan untuk membuat imbasan sebelum beras dikeluarkan. Sekali imbas, beras ini akan mengeluarkan sebanyak empat kilogram beras. Jom kita lihat video berkenaan di bawah ini.
@kamiada_♬ original sound – KamiAda
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum melihat mesin hebat ini. Namun ramai juga yang bertanya, bagaimana untuk membuat sumbangan.
Mesin ATM ini memiliki satu tabung khas untuk penderma. Jadi penderma boleh memasukkan sejumlah wang ke dalamnya. Tabung mesin ini akan dibuka sekali setiap sebulan.
Usaha yang dibuat oleh pihak Masjid Al-Akram ini patut dipuji dan dihargai. Jadi bagi korang yang bermurah hati untuk menderma, sumbangan tersebut boleh disalurkan menerusi nombor akaun 14014010023809 (Bank Islam) atas nama Masjid Al-Akram Datuk Keramat.
@kamiada_ Reply to @nurzilazainal
@kamiada_Reply to @nurzilazainal
Sumber: TikTok KamiAda