Masalah tekanan darah tinggi turut dikenali sebagai “pembunuh senyap”kerana simptom-simptom penyakit ini sangat jarang ditemui pada peringkat awal.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan terjadinya masalah tekanan darah tinggi, termasuklah cara hidup yang tidak aktif, kegemukan, paras kolesterol yang tinggi, pengambilan garam yang tinggi, sejarah keluarga dan lain-lain.
Bagi anda yang mengalami masalah tekanan darah tinggi atau ingin mengelakkannya, anda boleh lah mengamalkan petua yang dikongsikan oleh Leha Yusuf. Caranya mudah sahaja dan anda cuma perlukan air dengan buah epal hijau. Nak tahu caranya? Jom baca perkongsian ini.
Petua Untuk Mengatasi Tekanan Darah Tinggi
Bahan-Bahan
- 2 biji epal hijau
- Air secukupnya
Cara-Cara Penyediaan
- Hiris epal hijau nipis-nipis.
- Masukkan 2 cawan air.
- Rebus epal hijau sampai empuk.
- Biar sejuk dan tapis.
- Minum 2 kali sehari.
Perlu lah diingati bahawa petua ini perlu diamalkan secara konsisten dan bukan hanya sekali. Turut dikongsikan oleh warganet itu mengenai beberapa khasiat yang ada pada epal hijau yang anda perlu tahu.
Khasiat Yang Ada Pada Epal Hijau
- Membantu menurunkan tekanan darah yang tinggi. Hal ini demikian kerana dikatakan bahawa epal hijau ini mengandungi bahan-bahan yang membolehkan tekanan darah yang tinggi diturunkan serta banyak membantu melancarkan pengaliran darah kita.
- Epal hijau banyak digunakan oleh mereka yang sedang berdiet untuk menurunkan berat badan mereka kerana ia dapat memberi tenaga yang cukup sekali gus mencegah kelaparan. Justeru itu, jika diamalkan secara konsisten, anda akan dapat melihat perubahan secara progresif.
- Di samping itu, pengambilan jus epal hijau yang dikisar bersama sayur saleri dikatakan dapat membantu mengatasi masalah sembelit. Jus ini haruslah diminum setiap pagi dengan perut kosong setiap hari untuk menyingkirkan segala toksin dalam badan sekali gus melancarkan proses pembuangan air besar.
- Epal hijau yang kaya dengan vitamin A, B dan C juga dapat menyerikan dan memasikan kecantikan kulit. Selain itu, khasiat serta vitamin yang terkandung dalam buah ini dapat memastikan kulit kita tidak dicemari dengan pertumbuhan jerawat dan meninggalkan parut.
- Tambahan pula, golongan individu yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi disarankan untuk banyak mengambil epal hijau. Pengurangan tahap kolesterol dititikberatkan oleh pakar perubatan kerana dapat membantu mencegah penyakit jantung serta masalah kesihatan yang lain.
Rupa-rupanya baru tahu banyak khasiat buah epal hijau. Walaupun rasanya agak masam berbanding epal merah, epal hijau ini sangat bagus untuk kesihatan. Nanti ada boleh lah amalkan rebusan epal hijau untuk lebih sihat.
Semoga bermanfaat.
Kredit: Leha Yusuf
Baca Juga: Elakkan Terlalu Bergantung Pada Panadol Ketika Sakit Kepala, Amalkan Saja Petua Ini Untuk Legakan.