Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Ini ‘Rahsia’ Rambut Lebat Dan Sihat, Cuma Bilas Rambut Dengan Air Ini Dah Menjadi!

Ini ‘Rahsia’ Rambut Lebat Dan Sihat, Cuma Bilas Rambut Dengan Air Ini Dah Menjadi!

Kategori:
petua rambut

Rambut yang lebat dan sihat menjadi idaman semua insan. Bukan sahaja wanita, lelaki juga perlu menjaga kesihatan rambut untuk elakkan masalah kelemumur, kulit kepala yang gatal, rambut sering gugur dan lain-lain.

Malah, ada yang sanggup berbelanja ratusan atau ribuan ringgit untuk memastikan rambut mereka kelihatan cantik dan sihat. Namun, untuk penjagaan yang rapi memerlukan kos yang tinggi dan realitinya, tak semua orang mampu untuk ke spa rambut.

Tapi jangan bersedih! Untuk mendapatkan rambut yang sihat, anda tak perlu keluarkan wang yang banyak pun. Cuma dengan menggunakan bahan-bahan dari dapur rambut boleh kelihatan lebat dan sihat.

Bagi anda yang nak menjaga kesihatan rambut, boleh lah mencuba petua rambut yang dikongsikan Zakiah Rahmat. Dengan menggunakan bahan semula jadi dan mudah didapati, memang jimat lah. Tak perlu ke spa!

petua rambut

Petua Rambut Lebat Dan Sihat

Bahan-Bahan

  • 1 cawan beras
  • 3 cawan air

Cara-Cara Penyediaan Dan Penggunaan

  1. Campurkan air ke dalam beras tadi dan biarkan selama 1 malam. Ini adalah proses fermentation atau dipanggil penapaian.
  2. Sebelum mandi dan syampu rambut, basahkan keseluruhan rambut anda dengan air beras tadi. Nak mudah, boleh masukkan dalam botol spray. Spray ke seluruh rambut dan pastikan ia basah pada setiap helaian rambut sambil buat urutan ke serata kulit kepala.
  3. Bilas rambut dan syampu seperti biasa.

petua rambut

Sebenarnya ramai yang tak tahu rahsia ini. Hasil rendaman air beras ini sangat bagus untuk rambut. Ia mengandungi anti oksidan yang dapat menguatkan dan memelihara kulit kepala. Jadi apabila rambut kita sihat, kita pun akan berasa lebih cantik dan berkeyakinan tinggi.

Untuk lebih berkesan, anda boleh gunakan beras perang yang umum tahu lebih baik dan mempunyai kandungan anti oksidan dan vitamin yang lebih tinggi berbanding beras biasa.

Semoga bermanfaat.

Kredit: Zakiah Rahmat

Baca Juga: Ada 5 Masalah Rambut Ini? Amalkan Cara Ini Saja, Rambut Akan Lebih Sihat Dan Bersinar.

 

tags: |