Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Cara Buat Sendiri Lokching Dan Sos Manis Pedas Yang Sedap, Isi Ikan Yang Banyak Memang Puas La!

Ini Cara Buat Sendiri Lokching Dan Sos Manis Pedas Yang Sedap, Isi Ikan Yang Banyak Memang Puas La!

Kategori: ,,
lokching

Lokching merupakan antara makanan street food yang sering didapati di Kelantan. Namanya yang unik berasal daripada bahasa Thailand. Ianya turut dikenali sebagai satay ikan.

Sekarang, terdapat pelbagai jenis lokching yang boleh didapati tapi yang original, iaitu satay ikan masih lagi diminati ramai. Malah, jika anda pernah ke negeri Kelantan, makanan ini boleh didapati di mana-mana tempat.

Bagi anda yang ingin mencuba lokching, apa kata buat sendiri? Mesti lebih puas hati! Kalau nak tahu, boleh lah ikuti resepi yang dikongsikan oleh azieyan. Semuanya lengkap, bukan sahaja resepi lokching, turut dikongsikan resepi sos manis pedas yang padu digandingkan bersama. Jom baca!

Resepi Lokching Dan Sos Manis Dan Pedas

Bahan Lokching

  • 250 gram isi ikan selayang (mentah dan dikisar lumat)
  • 100 gram tepung ubi kayu atau tepung kanji
  • 1/2 biji bawang besar (dikisar)
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu teh serbuk perasa
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat

Bahan Untuk Sos Manis Dan Pedas

  • Cili kering secukupnya (dikisar lumat)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar lumat)
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 sudu besar tepung ubi kayu atau tepung kanji (dibancuh dengan 2 sudu besar air)
  • 4 sudu makan gula atau secukupnya
  • 1/2 sudu makan garam
  • Sedikit serbuk perasa
  • Sedikit pewarna merah
  • Lada burung secukupnya (untuk sos pedas sahaja)

Cara-Cara Penyediaan Lokching

  1. Kisarkan isi ikan bersama bawang besar sehingga lumat.
  2. Tuangkan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama tepung, kanji, garam dan soda bikarbonat.
  3. Gaulkan hingga sebati dan bulat-bulatkan menjadi bebola kecil. Penyet-penyet sikit lepas bulatkan.
  4. Panaskan minyak dan goreng sekejap. Kemudian, cucukkan pada lidi dan bakar sekejap.

Tip: Kalau adunan terlalu lembik, tambahkan lagi tepung kanji sehingga adunan itu tidak melekat di tangan.

Cara-Cara Penyediaan Sos

  1. Tumiskan bawang putih dalam periuk tanpa minyak. Masukkan sedikit air.
  2. Masukkan gula, garam, serbuk perasa dan pewarna merah. Warna merah itu pakai sikit sahaja untuk nampak warna pink. Kacau.
  3. Masukkan tepung kanji yang telah dibancuh dan kacau sehingga mendidih. Biarkan sejuk dan sedia unduk dihidang.
  4. Untuk jadikan sos pedas, tambahkan lada burung dalam masakan di atas. lokching

Rupanya mudah sahaja nak buat lokching di rumah, kan? Memang nikmati kalau dapat nikmati ini hari-hari. Tak perlu dah beli, buat sendiri dijamin lebih puas!

Selamat mencuba.

Kredit: azieyan

Baca Juga: Ini Cara Buat Sate Ayam Yang ‘Juicy’, Resepi Lengkap Bersama Kuah Kacang Sedap!

tags: |