Roti Mexican Bun semestinya sangat diminati ramai. Ianya selalunya mudah didapati di pasar raya dan dari jauh, bau harumnya yang semerbak boleh dihidu dari jauh. Memang memikat selera lah!
Tapi buat anda yang berminat untuk membuat roti ala Mexican Bun @ Rotiboy dengan sendiri, boleh lah ikuti resepi yang dikongsikan oleh Scha di group Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM). Nampak sangat mudah dan sedap dan baunya sama wangi dengan yang dijual. Jom baca untuk cuba!
Resepi Roti Ala Mexican Bun @ Rotiboy
Bahan-Bahan
- 200 gram tepung roti atau tepung HP (high protein)
- 110ml susu atau air
- 25 gram gula
- 4 gram yis
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 biji kuning telur
- 30 gram butter atau majerin
- 5 gram bread improver
Tips: Adunan macam kita nak buat donut. Rounding dan kembangkan.
Bahan Topping Kopi
- 30 gram nescafe, kopi atau 3 in 1 pun boleh
- 10 ml air suam
- 50 gram butter atau majerin
- 50 gram gula
- 65 gram tepung gandum
- 1 biji kuning telur
- Sedikit emulco mocha (tak letak pun tak apa)
Cara-Cara Penyediaan
- Pukul majerin dengan gula sampai sebati. Letak telur dan pukul sampai kembang.
- Satukan air suam dengan nescafe atau kopi. Masukkan air nescafe tadi dalam adunan tadi.
- Kacau-kacau sehingga sebati. Akhir sekali, masukkan tepung dan kacau sebati sampai jadi pekat dan likat.
- Letakkan dalam paiping bag dan paipkan atas doh yang dah kembang. Jangan sampai bawah paip suku sahaja nanti toping itu akan meleleh ke bawah.
- Bakar 160 C di atas 170 C api bawah menggunakan oven dalam 20 hingga 25 minit ikut oven masing-masing. Nak tahu roti masak, saya akan cek kat bawah roti tu dah garing atau perang.
- Inti dalam saya letak buttercup yang ketul itu potong petak-petak dan letakkan dalam doh. Tak letak pun tak apa, rasa topping kopi itu pun dah sedap.
Sesiapa yang minat dengan roti boleh lah mencuba resepi ini. Kalau bakar ini memang harum sahaja dapur dengan bau kopi. Sungguh menyelerakan!
Selamat mencuba.
Kredit: Scha via BIKMM
Baca Juga: Viral Gardenia Scam Orang Ramai, Apa Kata Kita Buat Je Sendiri Roti Gardenia Perisa Baru Tu. Mudah Je!