Hakikatnya, tak semua orang pandai dan mahir dalam melukis. Bakat itu perlu selalu diasah. Untuk mahir dalam melukis, seseorang itu perlu menghabiskan sedikit waktu untuk menajamkan bakat tersebut.
Bakat melukis ini bukan sahaja dikurniakan pada insan biasa seperti kita sahaja, tapi turut diberikan pada insan istimewa seperti golongan OKU (Orang Kurang Upaya). Seperti kita, mereka juga perlu mengasahkan bakat untuk menghasilkan karya yang cantik.
Di Facebook, seorang pelukis istimewa berstatus kurang upaya iaitu Sis Assyik telah memuat naik dan berkongsi gambar lukisannya. Lukisan mee segera terkenal, Maggi Kari itu berjaya meraih perhatian warganet dan rata-rata memuji bakat yang ada wanita itu.
Gambar lukisan itu dimuat naik di group Pelukis di Facebook yang telah berjaya meraih sebanyak 71 ribu likes. Menurut individu itu, meskipun dia bukanlah seorang pelukis yang berbakat, tapi tidak salah jika dia mencuba untuk mengasah bakat yang ada.
Terima kasih Admin
Saya bukan pelukis berbakat.
Saya hanya pelukis Cacat.
Banyak perlu saya usahakan.
Lagi…jika di bandingkan.
Saya masih down …Tak salah mencuba…
Menjengah di ruangan komen, warganet kelihatan positif dan sukakan lukisan yang dihasilkan oleh individu itu. Rata-rata meninggalkan komen positif pada posting itu.
Malah, ada juga warganet yang memberikan sedikit semangat dan nasihat agar pelukis itu lebih yakin dan tidak mudah rasa down dengan diri dan lukisan yang telah dihasilkan.
Bakat yang ada perlu lah dijaga dan diasah. Jika kita selalu positif dan tidak mudah berputus asa, inshaAllah bakat pada diri akan makin berkembang. Jangan merendah-rendahkan diri, potensi selalu ada pada diri kita.
Kredit: Sis Assyik via Pelukis
Baca Juga: Seperti Karya Seni! Latte Art Lelaki Ini Mencuri Tumpuan, Lukis Apa Pun Boleh!