Manusia dan jin sudah hidup bersampingan. Walaupun tak dapat dilihat dengan mata yang kasar, gangguan-gangguan yang datang dari bangsa jin boleh dirasakan oleh manusia.
Tanpa sedar, mungkin kesihatan yang semakin merosot dan perubahan personaliti secara mendadak disebabkan oleh gangguan jin yang sedang berlaku dalam diri dan sekeliling seseorang itu.
Untuk memeriksa gangguan jin pada diri kita, seorang wanita telah berkongsi cara yang mudah anda boleh amalkan. Nak tahu? Jom baca perkongsian penuh olehnya.
Dalam video yang dikongsikan oleh zuraity_musa di laman TikTok, wanita itu telah berkongsi cara mudah yang anda boleh amalkan untuk mengesan gangguan jin dalam badan.
Dengan hanya menggunakan beberapa bahan iaitu; garam kasar, garam bukit dan lada hitam, bahan-bahan itu perlu di sangai sampai panas sambil dibaca Ayatul Kursi, selawat dan berzikir.
@zuriaty_musa Kita berikhtiar segalanya serah pada Allah #gangguan #sihir #alaman #tiktokguru
@zuriaty_musaKita berikhtiar segalanya serah pada Allah ##gangguan ##sihir ##alaman ##tiktokguru
Setelah digoreng, ambil kain perca dan masukkan bahan yang telah disangai tadi dan ikat seperti sup bunjut. Kemudian, anda cuma perlu tuam tuam di sekitar badan atau tempat yang rasa sakit.
Jika and merasai kesakitan atau sengal-sengal bermakna ada sesuatu yang tidak kena dan anda perlu mencari perubatan Islam atau perawat yang bertauliah untuk membuang gangguan itu.
Menjengah di ruangan komen, ada warganet yang telah mencuba petua itu dan dikatakan berkesan. Doakan dia cepat sembuh dan bebas dari gangguan itu.
Tak salah pun jika kita mencuba cara ini. Jika mengesyaki diri terkena gangguan, jangan dibiarkan kerana ianya sangat memudaratkan. Cuba dulu cara ini dan cepat-cepat mendapatkan rawatan.
Semoga perkongsian ini dapat sedikit sebanyak membantu anda.
Kredit: TikTok zuraity_musa