Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Periuk Itu Tak Salah, Tuan Yang Tak Reti Guna…” Sup Hangit Disebabkan Periuk Noxxa, Ini Respon Warganet.

“Periuk Itu Tak Salah, Tuan Yang Tak Reti Guna…” Sup Hangit Disebabkan Periuk Noxxa, Ini Respon Warganet.

Kategori:
periuk noxxa

Periuk Tekanan Serbaguna Noxxa merupakan periuk yang ‘ajaib’ dan makin diguna oleh orang ramai. Walaupun dari luaran ianya sama seperti periuk nasi elektrik yang biasa, periuk ini mempunyai pelbagai fungsi seperti; menumis, menggoreng, masak stim, memanas, slow cook, defros, memasak dalam tekanan tinggi dan rendah.

Dengan pelbagai fungsi, periuk ajaib itu dapat menjimatkan masa dan memudahkan proses memasak di dapur. Semuanya boleh dilakukan oleh periuk Noxxa!

periuk noxxa

(Periuk Noxxa)

Namun, seorang individu telah menghadapi kejadian malang apabila menggunakan periuk Noxxa untuk memanaskan sup. Lelaki itu menggunakan periuk itu untuk memanaskan sup urat keting selama 10 minit tetapi terkejut bila mendapati bahawa sup itu telah hangit dan kekeringan.

Bukan Tekan High Pressure Pun…

Nak perangat sup urat keting masuk dalam periuk noxxa set timer 10 minit sekali tgk dah hangit. Bukan kata periuk ni canggih ka takkan 10 minit boleh hangit bukan tekan hight pressure pun….

periuk noxxa

Hairan dengan apa yang berlaku, lelaki itu menjelaskan bahawa meskipun dia tidak menggunakan fungsi high pressure yang ada, sup itu tetap hangit dan kekeringan.

“Tak Pandai Bertanya… Periuk Beli Dari Kayangan Tetap Kena Belajar.”

Menjengah di ruangan komen, kejadian yang berlaku telah mengundang pelbagai komen dari warganet. Rata mereka meninggalkan nasihat pada lelaki itu agar lebih berhati-hati dan menggunakan fungsi yang betul.

periuk noxxa

periuk noxxa

Apa yang berlaku mesti ada penjelasan yang tepat. Meskipun periuk Noxxa merupakan periuk ‘ajaib’, kita juga perlu lah berhati-hati dan menggunakan fungsi yang betul bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Tak salah pun jika sekali-sekala kita rujuk buku panduan yang ada untuk kenali setiap fungsi periuk itu.

Kredit: Ishak Abdullah via Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official

Baca Juga: “Rasa Macam Beras”, Viral Straw Coffee Beans Boleh Dimakan, Jom Teliti Perkongsian Dari Pekerjanya

 

 

tags: |