Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Masak Nasi Briyani Hanya Guna Dapur Gas. Mudah, Menjadi & Sangat Sedap!

Cara Masak Nasi Briyani Hanya Guna Dapur Gas. Mudah, Menjadi & Sangat Sedap!

Kategori: ,
resepi nasi beriyani mudah

Nasi Briyani merupakan nasi yang jarang kita sediakan pada hari biasa. Biasanya nasi seperti ini kita sering hidangkan sewaktu hari-hari penting seperti hari perayaan atau hari-hari istimewa. Nasi Briyani ini memang sangat enak jika dimakan bersama-sama dengan ayam gulai atau pun ayam masak merah.

Nak buat Nasi Briyani ini mudah sahaja tau. Tak perlu guna periuk elektrik, pressure cooker atau pun periuk Noxxa pun. Guna dapur gas pun masih lagi menjadi tau. Nak cuba buat? Jom kita ikuti perkongsian resepi daripada Zainoor Aliza Ali ini.

Resepi Nasi Briyani Yang Sedap, Cepat & Mudah

Bahan-bahan:

  • 3 sb minyak sapi (QBB)
  • Kulit kayu manis *
  • Bunga lawang *
  • Buah pelaga *
  • Bunga cengkih *
  • 1 labu bawang besar | dihiris *
  • 3 ulas bawang putih | dihiris *
  • Sepotong halia | dihiris *
  • 3 sb rempah beriyani *
  • 1 cawan susu cair
  • 5 cawan air
  • 5 cawan beras basmathi | dibasuh dan direndam selama 1 1/2 jam 
  • Kismis
  • Pewarna kuning
  • 2 helai daun pandan

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak sapi. Tumis bahan-bahan bertanda *. Bila dah agak garing, masukkan susu gaul sekata.
  2. Masukkan air. Biarkan mendidih setelah itu masukkan garam.
  3. Kemudian masukkan beras. Kacau perlahan dan tutupkan periuk. Biarkan nasi mengering.
  4. Apabila dah hampir masak, titiskan pewarna kuning dan taburkan kismis.
  5. Bila dah betul-betul masak baru dikacau nasi dengan sudip perlahan-lahan.
  6. Untuk hidangan, taburkan bawang goreng pada nasi.

Nota: Selepas rendam beras tu kena toskan ya. Tak nak air beras bercampur masa masuk ke dalam periuk.

Mudah sahaja kan nak buat Nasi Briyani menggunakan dapur gas kan? Kalau tiba-tiba tak muat periuk elektrik atau tiada elektrik bolehlah guna cara ini. InshaAllah rasanya lebih sedap dan menjadi tau. Pasti berpuas hati punya!

Selamat mencuba!

Kredit: Zainoor Aliza Ali Via BIKMM

Baca juga: ‘Nasi Beriani Ayam Sorok’ Kegemaran Anak-Anak, Hujung Minggu Pasti Buat. Ini Resepinya..

tags: | | |