Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Isteri Selalu Komplen, Akhirnya Lelaki Ini Sendiri Cuba Cara Ini Untuk Halau Semut. Memang Berkesan!

Isteri Selalu Komplen, Akhirnya Lelaki Ini Sendiri Cuba Cara Ini Untuk Halau Semut. Memang Berkesan!

Kategori:
semut

Masalah rumah dan dapur yang bersemut sememangnya menyakitkan mata dan hati untuk dipandang. Lagi-lagi bila haiwan itu mula ‘menjamah’ pada makanan di atas meja, terus hilang selera untuk makan.

Itulah yang terjadi pada seorang individu apabila isterinya asyik sahaja hilang selera dan tiada mood untuk makan di rumah setelah melihat semut tengah ‘kendurikan’ makanan di atas meja makan. Akhir sekali, makan di luar lah jawabnya.

Makan di luar ini bukanlah tabiat yang baik. Bukan sahaja tidak sihat, ia mengeluarkan kos yang tinggi. Jadi apabila isterinya di rumah sudah mula membebel mengenai masalah semut di meja makan, lelaki ini mencuba petua mudah untuk menghalau semut di meja makan. Mudah sahaja dan memang berkesan!

Petua Halau Semut Dari Meja Makan Menggunakan…

  1. Ambil stokin yang sudah tidak dipakai lagi atau mana-mana sahaja stokin.
  2. Selepas itu, potong stokin itu pada 4 bahagian. Lebar dalam dua inci macam itu. Kalau kaki meja 6, potong 6 lah.
  3. Sarungkan pada kaki meja, selepas itu boleh spray air wangi. Ikutlah jenama apa, guna Ridsect pun boleh.
  4. Spray keliling untuk kesan yang lebih efektif.

semut semut

semut

Bukan sahaja semut, lipas, malah cicak pun dah malas nak panjat meja makan itu bila menggunakan petua ini. Memang berkesan dan isteri pun gembira sahaja bila tengok meja makan sudah bebas dari haiwan perosak. Baru lah seronok nak makan di rumah! Jimat dan senang.

Semoga petua ini dapat membantu anda juga.

Kredit: Petua Herba Channel

Baca Juga: Petua Cantikkan Kuku Dengan 3 Bahan Ini, Tak Perlu Pergi Spa Dan Bayar Mahal-Mahal Pun!

tags: | |