Telur merupakan bahan dapur yang wajib ada di dapur dan mudah digunakan dalam pelbagai resepi. Bukan sahaja itu, telur juga boleh disimpan lebih lama berbanding ayam, daging atau ikan.
Namun, seperti semua bahan-bahan yang lain, telur juga tidak boleh disimpan terlalu lama kerana ia akan cepat rosak. Kena berhati-hati dan simpan dengan elok supaya ia masih elok lagi untuk dimakan dan tahan lebih lama.
Walaupun disimpan dengan elok pun, mesti ada sebiji dua yang rosak dalam banyak-banyak telur yang dibeli. Itulah apa yang terjadi pada Hanuur Jain Jawahir. Pelik dengan apa yang berlaku, dia berkongsi gambar dan bertanya pada warganet samada perlu buang atau tidak. Rasa sayang untuk dibuang!
Gais, telur yg kuning tu rosak ke gais???
Telur tk simpan dlm peti sejuk n baru seminggu lebih beli. Yg lain2 ok.
Sebiji tu je mcm tu. Boleh makan ke tak tu gais??? Please help me.
Takut nk makan tp syg juga nk buang.
Bila dilihat, sebiji telur itu memang kelihatan lain dari yang lain. Dia yang berasa ragu-ragu menanyakan pendapatan warganet. Rata-rata menasihatkan dia untuk terus buang telur tersebut!
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet menasihati wanita itu untuk memeriksa bau pada telur itu. Ada juga yang nasihat untuk terus buang supaya tidak menjejaskan kesihatan.
Lain kali sila berhati-hati bila membeli telur. Pastikan ianya betul-betul segar dan tidak berbau pelik. Meskipun murah, rugi sahaja jika perlu dibuang begitu sahaja.
Kredit: Hanuur Jain Jawahir via Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official