Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Hari-Hari Sakit Kepala, Akhirnya Cuba Minuman Ini. Macam Magik, Terus Hilang Sakit Kepala!

Hari-Hari Sakit Kepala, Akhirnya Cuba Minuman Ini. Macam Magik, Terus Hilang Sakit Kepala!

Kategori: ,
cara hilangkan sakit kepala

Sakit kepala merupakan kesakitan yang dirasakan pada bahagian kepala serta leher. Kesakitan tersebut diikuti dengan rasa nyeri yang muncul sekejap-sekejap. Terdapat banyak risiko yang menyebabkan berlakunya sakit keapala ini. Malah ada juga yang hampir berhari-hari sakit kepala. Makan panadol pun masih tak hilang juga.

Begitu juga lah yang terjadi pada wanita ini. Di mana dia telah mengalami sakit kepala yang teruk hampir seminggu. Akhirnya dia menelefon ibunya dan ibunya menyarankan untuk minum air asam keping.

Hasilnya memang berkesan. Baru separuh gelas minum, terus hilang sakit kepalanya. Mungkin korang yang sedang mengalami sakit kepala juga boleh mencuba minuman air asam keping ini. Jom ikuti perkongsian Emma Wan Noordin di bawah ini.

Cara Hilangkan Sakit Kepala Dengan Air Asam Keping

Dah seminggu sakit kepala teruk hari- hari kena makan panadol. Tu pun kadang tak hilang. 

Call mak, dia cakap try minum air asam keping ni. Rendam je sekeping dalam air suam biasa. Tunggu 10 minit. Lepas minum separuh gelas tu terus hilang pening migrain. Macam magik je. Terkejut gegirl. Ni tak payah makan ubat dah. Minum je air ni. 

Ni untuk sakit kepala yang boleh cure dengan panadol lah. Kalau teruk guna pain killer morfin apa tu tak pasti menjadi ke tak. Minum selepas makan ya, bukan perut kosong. 

Walaubagaimanapun, ada warganet yang sempat meninggalkan nasihat di ruangan komen berkenaan dengan minuman ini. Warganet tersebut berpesan agar berhati-hati minum minuman ini. Bimbang sekiranya berlaku darah rendah pula.

Malah ada juga yang menceritakan pengalamannya yang mempunyai penyakit darah tinggi. Namun selepas minum air asam keping ini, penyakit darah tingginya sembuh.

kebaikan air asam kepingSemoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua. Minuman ini hanya ikhtiar sahaja ya. Kalau sakit kepala berlarutan, berminggu-minggu pergilah berjumpa doktor atau dapatkan nasihat daripada yang pakar.

Semoga bermanfaat!

Kredit: Emma Wan Noordin Via MATJHI

Baca juga: Amal Air Rebusan Asam Gelugur Ini, Bantu Turunkan Berat Badan & Cantikkan Kulit

tags: | |