Umum sudah tahu kunyit berwarna kuning dan sering digunakan dalam pelbagai masakan. Namun, ada variasi kunyit lain yang berwarna putih dan mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan.
Kunyit putih atau nama saintifiknya, Curcuma Zedoaria berasal dari Bangladesh, Sri Lanka, India dan Indonesia, ianya sering dijual dalam bentuk kering.
Mempunyai kandungan anti inflamasi yang tinggi serta anti mikroba, anti kanser dan anti racun, seeloknya ia harus diamalkan untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat dan bebas dari segala penyakit merbahaya.
Kunyit putih mampu bertindak seperti ubat untuk menghilangkan rasa sakit. Ia juga mempunyai sifat anti radang yang mana penggunaan kunyit boleh membantu mengatasi keradangan dan bengkak.
Untuk wanita, kunyit putih ini dapat membantu membersihkan organ peranakan wanita selepas bersalin dan menghilangkan sakit senggugut dan mengatasi masalah haid yang tidak teratur.
Selain itu, ia juga mampu merawat masalah kencing manis, buasir yang selalu berdarah, urat saraf atau medu angin dan bagus juga untuk resdung, gatal mata, selalu selsema bersin dari seawal anak kecil 6 tahun sehingga dewasa.
Cara untuk mengamalkannya mudah sahaja. Anda boleh dapatkan serbuk kunyit putih di pasaran untuk dilarutkan dalam air untuk diminum. Atau, anda juga boleh dapatkannya dalam bentuk kapsul. Di India, akar ia segar sering digunakan dalam masakan.
Tak salah jika kita mengamalkan kunyit putih untuk menjaga kesihatan. Rupanya nak sihat tak memerlukan kos yang tinggi juga. Cuma perlu rajin dan konsisten sahaja amalkan. InshaAllah jika kita berusaha untuk menjaga, segala penyakit merbahaya dapat dihindari.
Semoga info ini bermanfaat untuk anda.
Kredit: Petua Herba Channel
Baca Juga: Amal Air Kunyit Asam Jawa Ini Jika Period ‘On Off’, Nak Awet Muda & Bertenaga Pun Kena Cuba!