Pandemik Covid-19 yang telah melanda satu dunia memberi impak yang sangat besar. Sangat ramai diantara kita yang telah kehilangan perkerjaan dan terpaksa tutup perniagaan.
Dalam keadaan negara yang tengah menyesuaikan diri dengan norma baru yang dilaksanakan oleh kerajaan, pelbagai premis kedai makan telah kembali beroperasi. Ini turut membuka peluang pada orang ramai untuk mencari rezeki.
Selalunya di kedai makan, terdapat individu yang ke meja-meja untuk menjual barangan seperti tisu, minyak gamat dan kuih-muih. Meskipun sering tidak dilayani, mereka tidak pernah berputus asa untuk cuba menjual.
Di TikTok, hafizmahamad telah memuat naik video pertemuaan dengan sahabatnya yang merupakan seorang penjual tisu dari meja ke meja.
Video yang dimuat turun di laman TikTok itu memaparkan pertemuaan di antara dua sahabat. hafizmahamad yang dahulunya pernah membantu penjual tisu yang berstatus OKU (Orang Kurang Upaya) itu dengan membeli semua tisu yang dijual berasa teruja melihat sahabatnya di kedai makan.
@hafizmahamadSahabat ku!♬ original sound – Hafiz Mahamad
Jelas, dua sahabat itu masih lagi mengingati satu sama lain meskipun sudah lama tidak bertemu. Malah, lelaki itu sekali lagi membeli tisu yang dijual dan belanja penjual itu makan setelah seharian mencari rezeki.
Di ruangan komen, rata-rata warganet berasa tersentuh dengan interaksi mereka. Malah, ada yang memuji lelaki itu kerana tidak keberatan untuk membantu penjual itu meskipun berbeza bangsa dan agama.
Bila melihat gelagat dua sahabat ini, kita juga terasa tersentuh. Dalam negara menghadapi waktu yang sukar dan pelbagai cabaran, video ini memberi sinar harapan bahawa rakyat Malaysia masih lagi bersatu dan sedia membantu satu sama lain.
Semoga ikatan diantara rakyat Malaysia masih lagi kuat dan bersatu.
Kredit: TikTok hafizmahamad