Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Lelaki Ini Kongsi Cara Masak Daging Goreng Terengganu Yang Sangat Sedap. Warga Ganu Approve Resipi Ini!

Lelaki Ini Kongsi Cara Masak Daging Goreng Terengganu Yang Sangat Sedap. Warga Ganu Approve Resipi Ini!

Kategori: ,
DAGING GORENG TERENGGANU

Setiap negeri mempunyai menu unik masing-masing. Di negeri Terengganu sudah terkenal dengan keropok lekor, nasi dagang, ketupat sotong dan banyak lagi, namun ramai yang tak tahu menu istimewa dari negeri itu iaitu daging goreng terengganu.

Sekali lihat, ianya sama sahaja dengan daging goreng biasa tapi beberapa penambahan bahan yang membuatkan resepi ini unik dan sedap. Nak tahu? Jom baca perkongsian resepi ini oleh Muliadi Ramli. Mudah sahaja nak sediakan.

Resipi Daging Goreng Terengganu

Bahan-Bahan

  • 600 gram daging
  • 1 inci lengkuas
  • 3 sudu besar cili boh
  • Air asam jawa
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula
  • Serbuk perasa
  • 2 biji lada besar merah
  • 2 biji lada besar hijau
  • Daun bawang untuk hiasan
  • 1/2 bawang holland
  • 2 sudu besar sos tomato del monte

DAGING GORENG TERENGGANU

Bahan Kisar Halus

  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 7 biji cili padi

Bahan Untuk Tumis

  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji bawang putih

Cara Penyediaan

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan tumis dan goreng sehingga garing.
  2. Masukkan cili boh dan tumis sampai pecah minyak.
  3. Tambahkan lengkuas dan bahan kisar halus. Tumis lagi sampai pecah minyak.
  4. Masukkan daging. Tutup dan biarkan ia mereneh selama 20 minit.
  5. Bila daging sudah separuh masak, masukkan air asam jawa, garam, gula, lada merah dan lada hijau. Masak lagi sampai daging masak dengan sepenuhnya.
  6. Campurkan sos tomata, perasa, bawang holland dan daun bawang untuk hiasan. Siap untuk dihidang.

DAGING GORENG TERENGGANU

DAGING GORENG TERENGGANU

Tengok gambar pun dah rasa berselera, terliur rasanya. Kalau ada daging lebih dalam peti ais dan dah bosan dengan menu daging goreng kunyit, anda boleh cuba resepi daging goreng terengganu yang mudah ini.

Kredit: Muliadi Ramli

Baca Juga: Ini Resepi Sup Tulang Merah Gearbox Kambing Ala Thai Yang Mudah, Sedapnya Sampai Ke Tulang!

tags: | | |