Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Ingatkan Telur Dinosaur, Nasib Baik Tak Masak..” Lelaki Ini Terkejut Bila Jumpa Telur Pelik, Rupanya Telur..

“Ingatkan Telur Dinosaur, Nasib Baik Tak Masak..” Lelaki Ini Terkejut Bila Jumpa Telur Pelik, Rupanya Telur..

Kategori:
TELUR PELIK

Telur merupakan protein yang murah dan mudah didapati. Terdapat pelbagai jenis telur yang boleh dimakan seperti telur puyuh, telur ayam dan telur itik. Ianya sangat sesuai untuk digunakan dalam pelbagai jenis masakan.

Namun, tak semua telur boleh dimakan. Seperti yang kita tahu, telur ular dan telur serangga merupakan antara jenis telur yang haram untuk umat islam makan.

Bercakap soal telur yang tidak boleh dimakan, itulah apa yang terjadi apabila seorang lelaki mengalami kejutan apabila telur yang dibeli kelihatan agak pelik dan lain dari telur ayam yang selalu dibeli. Telur apakah ini?

Rupa Telur Pelik, Ingatkan Telur Dinosaur!

Terkejut aku nampak telur cam ni. Ingatkan dinosaur Balut rupanya.

Nasib baik tak masukkan skli ngAn masakan lain malau tidak habis kena maki ngan isteri.

TELUR PELIK

Gambar yang dimuat turun oleh Edmund Chaw di Facebook itu mendapat perhatian warganet. Pelik dengan rupa telur itu, telur yang disangka telur dinosaur rupanya telur balut!

Telur Pelik Itu Rupanya Telur…

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet mengatakan bahawa telur pelik itu merupakan telur balut, makanan tradisi orang Filipina.

TELUR PELIK

Untuk pengetahuan anda, telur balut mudah didapati di Filipina dan sudah dimakan oleh mereka sejak kecil. Tinggi dengan sumber protein, ia merupakan telur itik atau ayam yang mana berisi embrio yang sudah hampir sempurna. Kemudian, ia direbus dan dimakan.

TELUR PELIK

(Foto: Caryl Joan/Flickr)

Ramai Yang Rasa Geli, Namun Ada Yang Nasihat Untuk Hormati Makanan Bangsa Lain.

Meskipun rupa telur balut itu agak tidak menyelerakan dan boleh membuat sesetengah orang berasa geli, ada warganet yang menasihati untuk hormat makanan bangsa lain.

TELUR PELIK

TELUR PELIK

Rupanya telur pelik itu mungkin buat kita berasa tidak selesa tetapi kita seharusnya menghormati makanan tradisional orang lain. Jangan mudah mengecam dan fahami budaya orang lain.

Untuk umat Islam, seeloknya anda merujuk pada sumber yang sahih dan dipercayai sebelum memakan telur balut.

Kredit: Edmund Chaw via MATJHN

Baca Juga: Beli Ikan Sardin Tapi Isinya Lain Macam, Apa Ini?! Sangat Pelik, Warganet Nasihat Untuk Elak Beli Jenama Dari Negara..

 

tags: |