Bertemu dengan Raja serta Permaisuri Agong adalah impian kebanyakan orang. Siapa je kan yang tidak mahu bertemu, bersalaman serta berbual mesra dengan mereka. Lebih-lebih lagi dengan baginda Permaisuri Agong iaitu Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Terbaharu, ada seorang wanita berkongsi pengalamannya bertemu dengan Permaisuri Agong. Malah apa yang lebih menggembirakan lagi adalah dapat menyediakan masakan buat baginda.
Memang itu adalah impiannya. Sebelum ini wanita yang dikenali dengan nama Michelle Henry yang tinggal di London, United Kingdom ini pernah berangan untuk berjumpa dan menyediakan masakan untuknya. Dia juga sempat meminta arwah emaknya berdoa agar impian dan keinginannya itu tercapai.
Tanpa diduga akhirnya dia dapat bertemu dengan baginda saat tengah memasak di dapur. Baginda permaisuri sempat datang dan melihatnya memasak. Siap bertanya lagi apa hidangan yang istimewa.
Sambil menangis Michelle berkata dia menyediakan Mee Bandung Muar dan Asam Laksa. Manakala untuk baginda Tuanku Agong pula dia buatkan Mee Kari.
Dulu saya pernah cakap kat arwah mak. Saya teringin nak masak bagi Sultan dan Raja makan. Sambil-sambil berangan masakan lauk untuk emak makan. Mak doakan, 1 hari pasti ada rezeki engkau nak. Janji kau masak untuk emak sedap-sedap.
Hari ini tengah masak kat dapur Permaisuri Agong datang masuk dapur tengok apa yang saya tengah masak. Dia tanya apa yang special masakan saya. Sambil menangis saya cakap mee bandung muar dan asam laksa dan Agong saya buatkan mkn kari.
Alhamdulillah Allah SWT perkenankan doa arwah mak. Macam mimpi pusing-pusing tengok Permaisuri dekat belakang. Next week inshaAllah Tuanku datang nak makan nasi ambeng. Terima kasih Ya Rabb. Saya hanya nak berkongsi kenangan manis ni. – in London, United Kingdom.
Apa yang boleh disimpulkan dari cerita ini adalah doa seorang ibu. Betullah kan ramai yang kata doa ibu tiada hijab. Jadi jangan lupa jika inginkan sesuatu minta ibu doakan kita.
Sumber: Michelle Henry Via MAHN