Tiada idea dah nak masak apa? Apa kata jom cuba buat mee kari marvellous, perkongsian resepi oleh Nur Hamizah di bawah. Kadangkala rasa bosan juga asyik makan nasi sahaja hari-hari. Tidak ada salahnya kalau nak tukar selera pula kan? Selamat mencuba!
Wanita Ini Kongsi Resepi Mee Kari Marvellous, Puas Hati Satu Keluarga Makan Berselera!
Bahan-bahan:
- *1/2 biji bawang besar dihiris
- *1/2 biji bawang merah dihiris
- *1 ulas bawang putih dihiris
- *1 inci halia hiris
- *1 serai diketuk
- *1 tangkai daun kari
- *1 biji bunga lawang
- *Kulit kayu manis
- *1 biji buah pelaga
- *1 biji cengkih
- 2 sudu serbuk kari daging (bancuh dengan air)
- 2 sudu serbuk kari ikan (bancuh dengan air)
- 1 sudu serbuk cili
- 1/2 ekor ayam dipotong kecil
- 1 1/2 kotak santan KARA
- 1 ketul asam keping
- 1 kiub ayam
- Air secukupnya
- Garam secukup rasa
Bahan sampingan:
- Mee kuning
- Hirisan fish cake goreng
- Fish ball goreng
- Hirisan cili merah
- Bawang goreng
- Daun bawang dihiris
- Daun sup dihiris
- Limau kasturi
Cara-cara:
- Tumis bahan bertanda (*) sehingga garing.
- Masukkan bancuhan serbuk kari dan tumis sehingga pecah minyak.
- Masukkan ayam dan masak ayam sehingga masak.
- Bila ayam garing, masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih.
- Masukkan santan kotak dan perlahankan api. Biarkan kuah mendidih dan kacau selalu.
- Masukkan asam keping dan kiub ayam.
- Akhir sekali, masukkan garam secukup rasa.
- Siap! Boleh lah dihidangkan bersama mee kuning dan bahan sampingan.
- Selamat mencuba!
Kredit: Nur Hamizah Bakhtiar