Aktiviti memasak memerlukan penggunaan pelbagai peralatan dapur. Selain dari pisau, senduk, periuk dan kuali, lesung batu turut digunakan bagi menumbuk bahan-bahan dan rempah-ratus. Meskipun merupakan antara alat tradisional, ianya masih lagi digunakan secara meluas.
Lesung tangan boleh didapati dalam pelbagai bentuk, saiz dan jenis. Malah, ada yang masih menggunakan lesung dari datuk dan nenek mereka. Kerana tahan lasak, lesung batu memang jarang dibeli yang baharu.
Namun, lain pula yang terjadi pada seorang lelaki ini. Sibuk menumbuk bahan-bahan untuk nasi goreng petai, akhirnya terjadi benda lain pula.
Gambar yang dimuat turun oleh Mohd Farid di group Suami Masak Apa Hari Ini? mendapat perhatian. Namun, bukan tertumpu pada masakan tapi apa yang telah menimpa lesung batunya ketika ingin menyediakan nasi goreng petai untuk disantap.
Walaupun ada sedikit pergelutan dengan lesung batu pagi ni.. Nasi goreng petai tetap ON.. hahaha.
Meskipun nasi goreng petai berjaya disediakan, namun jelas lesung lelaki tersebut didapati telah pecah.
Di ruangan komen, rata-rata warganet ‘bersimpati’ dengan apa yang terjadi. Malah, apa yang menimpa lelaki tersebut merupakan hiburan buat mereka kerana lelaki itu berstatus sebagai seorang suami, mesti akan berdepan pelbagai persoalan oleh si isteri nanti.
Rajin betul memasak sampai pecah jadinya lesung batu itu? Bila nak memasak perlu lah sedikit berhati-hati. Nasib baik tiada yang tercedera. Kalau jadi apa-apa nanti sedih pula si isteri.
Kredit: Mohd Farid via Suami Masak Apa Hari Ini?
Baca Juga: “Allahu, Kesian Pulak Tengok..” Angkara Tersalah Beli Baking Tray, Warganet Sarankan Wanita Ini..