Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Kalau Ada, Tak Nak Repeat Order Dah..” Peniaga Ini Stress, Dapat Pesanan Foodpanda Macam Karangan Novel!

“Kalau Ada, Tak Nak Repeat Order Dah..” Peniaga Ini Stress, Dapat Pesanan Foodpanda Macam Karangan Novel!

Kategori:
PESANAN

Aplikasi pesanan dan penghantaran makanan seperti Foodpanda dan Grab sudah jadi sebahagian keperluan walaupun negara dah sedang beralih ke fasa endemik. Sangat memudahkan pengguna untuk pesan makanan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Oleh sebab itulah, servis penghantaran makanan masih lagi mendapat sambutan dan digunakan secara meluas. Dengan menerima pesanan dari aplikasi sebegini, peniaga akan menyediakannya untuk diambil oleh pelanggan atau dihantar oleh penghantar makanan.

Meskipun kelihatan mudah, penggunaan servis tersebut mempunyai pelbagai cabaran. Antaranya adalah ketika menerima pesanan pelanggan yang sangat menggelirukan.

“Jem Jumpa Customer Macam Ni”

Di laman TikTok, seorang peniaga didapati keliru dengan pesanan yang diterima oleh salah seorang pelanggannya. Meskipun nampak ringkas, namun pesanan yang diterima sangat panjang, umpama karangan novel.

@weeda275 Siapa selalu order foodpanda buat karangan🤣🤣🤣 #fyp #foodpanda #viral2021 #restoranmeerazak ♬ original sound – AkakPeyek

“Aku Dengar Pun Stress”

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet berasa simpati dengan apa yang perlu dihadapi oleh peniaga tersebut. Malah, ada yang mengatakan bahawa pesanan tersebut boleh menyusahkan peniaga kerana permintaan yang berlebihan walaupun cuma 3 item yang dipesan.

pesananpesanan

Walaupun status kita sebagai pelanggan, namun jangan lah sampai menyusahkan peniaga untuk melayan kerenah kita. Tak baik tau! Aplikasi tu dibuat untuk mudahkan kita dan peniaga, tapi janganlah pula melebih-lebih.

Lagi-lagi pada waktu yang sibuk, memang tak berkesempatan untuk mereka menyediakan hidangan yang terlalu rumit. Itu tak boleh, ini tak boleh, memang tak kuasalah peniaga nak layan kalau yang memesan tu tulis remark panjang-panjang! Boleh bertambah stres peniaga dibuatnya.

Janganlah kita ambil kesempatan pada ruangan remarks untuk kepentingan diri sendiri. Cuba kalau kita yang kena macam tu, mesti boleh jem juga kepala!

Selalu ingatkan pada diri, jika kita memudahkan urusan orang lain, insyaAllah urusan kita juga akan dipermudahkan.

Kredit: TikTok weeda275

Baca Juga: “Dia Bukaknya Mata Orang Tu…” Gelagat Khaby Lame Dan Chef Burak Yang Menghiburkan Di TikTok Cuit Perhatian Orang Ramai

tags: | |