Minat untuk memasak seharusnya dipupuk sejak kecil lagi. Jika tidak diajar untuk ke dapur pada usia muda, anak-anak anda mungkin tak akan gemar untuk memasak bila sudah dewasa. Jadi, peranan ibu bapa sangat penting untuk memupuk minat tersebut.
Namun, apabila anak-anak sudah mulai minat dengan memasak, pelbagai ragam mereka ketika hendak memasak. Kadang-kadang rasa terhibur juga melihat gelagat mereka!
Itulah yang terjadi baru-baru ini. Seorang wanita berkongsi cerita mengenai kerenah anak perempuannya yang telah meninggalkan pesanan buatnya di dapur ketika dia hendak memasak tapi akhir sekali lain pula jadinya!
CERITA SEMALAM!
ini bukan masak ape xjadi..tapi memang xjadi pun..hanya nota semata2 jumpa..sbb tuan yg nk masak hanya knak2 11 tahun..hahahah..tulis nota ..tp tuan xbangun2 pg .kul 3 bru bngun..cancel masak..tapi hari ni bangun pagi² masak nasi lemakk..agak² jadiy x dngn umur 11 tahun.
nota sikit..dy memang minat masak..siap nak ad dpur sndiri..so kasi tmpat untuk dy..penuh ngn barang masak..walaupun kt luar rumah.
Kisah yang dikongsikan oleh ibu pada adik itu, Azlin Aishah mendapat perhatian warganet. Jelasnya, anaknya telah meninggalkan pesanan padanya untuk tidak menggunakan periuk di dapur kerana gadis itu telah berniat untuk menggunakannya untuk memasak nasi lemak.
Namun, apa yang terjadi lain pula setelah gadis itu didapati terlajak tidur dan tidak sempat untuk menyediakannya.
Tambahnya, anaknya Aina memang minat memasak sehingga pasang niat untuk mempunyai dapur sendiri. Kerana minat, dia telah menghadiah anaknya dapur sendiri walaupun ia dibina di luar rumah.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet tampil memuji minat gadis tersebut. Malah, pujian mereka boleh dijadikan pendorong buatnya untuk teruskan hobinya.
Hebat sungguh adik ini, kan? Walaupun masih kecil tapi tetap minat untuk memasak awal lagi. Bukan hidangan biasa, bangun pagi nak masak nasi lemak! Sedap sangat.
Semoga adik Aina dapat meneruskan minatnya.
Kredit: Azlin Aishah
Baca Juga: “Allahu, Kesian Pulak Tengok..” Angkara Tersalah Beli Baking Tray, Warganet Sarankan Wanita Ini..