Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Walaupun Dia Haram, Tapi Dia Juga Makhluk Allah..” Sangat Pemurah, Lelaki Ini Berkongsi Rezeki Dengan Anjing Terbiar.

“Walaupun Dia Haram, Tapi Dia Juga Makhluk Allah..” Sangat Pemurah, Lelaki Ini Berkongsi Rezeki Dengan Anjing Terbiar.

Kategori:
anjing

Umum sudah tahu bahawa umat Islam tidak dibenarkan untuk memelihara anjing sebagai haiwan peliharaan. Kerana itu, ramai diantara masyarakat Melayu di Malaysia tidak berapa menggemari dan takut dengan haiwan tersebut.

anjing

Meskipun begitu, mereka tetap makhluk yang dicipta oleh Tuhan untuk disayangi dan dilindungi. Malah, dalam agama Islam, kita selalu dengari kisah seorang pelacur yang dimasukkan ke dalam syurga setelah memberi minum pada anjing yang kehausan. Sungguh indah ganjarannya bila kita berbuat baik pada ciptaan Tuhan.

Oleh itu, wajar kita mencontohi sikap seorang pengguna di TikTok yang tidak keberatan untuk berkongsi rezeki dengan anjing yang terbiar. Sikap bagusnya yang tidak berkira dengan haiwan tersebut telah mendapat pujian dari warganet.

Berkongsi Rezeki Dengan Anjing Terbiar

Di TikTok, seorang peniaga kecil shaabdellah mengambil seketul ayam goreng untuk diberikan pada seekor anjing hitam yang terbiar.

Haiwan itu kelihatan sangat teruja melihat makanan yang ingin diberi. Setelah diberi, ia terus menjamah makanan tersebut.

@shaabdellah Berkongsi rezki#berniagakecilan ♬ Into Your Arms (feat. Ava Max) – Witt Lowry

Rasa seronok sahaja bila melihat mata anjing itu yang sangat gembira, kan? Bila kita berbuat baik, perasaannya sangat memuaskan. Sebuah kegembiraan yang tidak dapat diterangkan!

“Baik Abang Ni..”

Melihat di ruangan komen, terdapat beberapa warganet yang memuji tindakan lelaki tersebut yang tidak keberatan untuk berkongsi rezeki dengan haiwan tersebut.

anjing anjing

Bagus sangat sikap lelaki ini yang tidak keberatan untuk berkongsi rezeki dengan anjing tersebut, kan? Mereka juga makhluk Tuhan yang menumpang di dunia ini. Bila melihat mereka mencari makanan pun hati turut berasa sebak. Maklumlah, mereka cuma makhluk yang tidak tahu apa-apa.

Jadi, jangan lupa untuk berbuat baik pada haiwan lain. Kita tak akan rugi apa pun jika berbuat demikian. Semoga perkongsian ini dapat dijadikan inspirasi buat semua untuk sentiasa berbuat baik sesama makhluk.

Kredit: TikTok shaabdellah

Baca Juga: Jurugambar Kelaparan! Akibat Tak Dibenar Makan & Minum, Nekad Padam Semua Gambar & Tinggalkan Majlis

tags: