Setiap orang mempunyai petua yang sudah diamalkan semenjak dahulu lagi. Malah, ada bahan masakan yang sering digunakan untuk menjaga kecantikan diri.
Antara bahan yang terkenal dan sering diamalkan adalah minyak zaitun. Minyak ini dikatakan mempunyai pelbagai manfaat kerana ianya tinggi dengan kandungan antioksidan seperti hydroxytyrosol, oleocanthal, squalene dan beta karotin selain vitamin E tokoferol dan juga vitamin K.
Memang tidak hairan mengapa ianya masih diamalkan untuk menjaga kecantikan. Nak tahu petua minyak zaitun? Jom baca perkongsian oleh Shahirah Patar.
Minyak zaitun mengandungi vitamin E dan vitamin K yang dapat digunakan sebagai cara menghilangkan bibir hitam secara semula jadi.
Caranya, hanya dengan amalan menyapu minyak zaitun di bibir setiap hari.
Selain dapat hilangkan bibir hitam, minyak zaitun juga dapat mengembalikan semula bibir merah secara semula jadi apabila disapu setiap hari pada bibir.
Rambut yang sering diwarnai, dilurus ataupun dikerinting akan mudah rosak. Rambut akan menjadi kering dan mudah terputus.
Dengan hanya rajin menyapu minyak zaitun pada rambut, kandungan vitamin E nya akan dapat memelihara kesihatan rambut.
Selain itu, rambut juga akan menjadi semakin tebal dan bersinar secara alami. Kerana minyak zaitun ini mampu merangsang pertumbuhan rambut.
Selain rambut, alis mata juga boleh memanfaatkan khasiat minyak zaitun dengan cara yang sama. Maka sudah pasti, alis akan jadi lebat dan cantik secara semula jadi.
Tapi pastikan hanya menggunakan minyak zaitun yang benar-benar asli yang belum tercampur dengan bahan-bahan kimia.
Caranya mudah sahaja, cuma oleskan minyak zaitun pada alis sebelum tidur. Biarkan semalaman. Keesokan harinya bersihkan seperti biasa dengan menggunakan cecair pembersih muka.
Kandungan zat asid linoleic di dalam minyak zaitun dapat bantu menjaga kadar air pada kulit wajah agar tidak muncul kedutan sebelum waktunya.
Selain itu, minyak zaitun juga banyak mengandungi anti oksidan yang bantu melindungi sel-sel dari ancaman kerosakan. Sebab itulah ianya merupakan cara semula jadi yang paling berkesan untuk menegangkan kulit.
Caranya, anda cuma perlu sediakan 1 sudu minyak zaitun dan campurkan dengan 1 sudu kecil madu asli. Gunakan sebagai masker wajah.
Nak cantik mudah sahaja rupanya. Cuma perlu amalkan petua minyak zaitun yang mudah, memang lebih selamat berbanding pelbagai produk di pasaran kerana ianya bebas dari bahan kimia yang merbahaya.
Kredit: Shahirah Patar
Baca Juga: Terkena Minyak Panas? Doktor Ini Sarankan Untuk Elakkan Petua Ini Kalau Tak Mahu Makin Parah!