Bila sudah bergelar sebagai seorang ibu, memang banyak tanggungjawab yang perlu dipikul. Selain dari berkerja, mereka turut perlu menjaga keperluan keluarga dan memasak. Kadang-kadang memang tiada masa untuk diri sendiri.
Meskipun sibuk, si ibu tetap akan mencari jalan untuk melaksanakan tanggungjawabnya. Lebih-lebih lagi untuk memasak, memang sudah menjadi satu kewajipan buatnya.
Namun begitu, aktiviti memasak di dapur memerlukan penelitiaan yang sepenuhnya. Jika terlalu lewa, pelbagai benda boleh berlaku.
Seperti kisah malang yang dikongsikan baru-baru ini oleh Azizah Ahmad Azie di Facebook, jika terlalu leka di dapur, memang teruk padahnya.
Dok kejar kan cik suami suruh jemput sampai terlupa tgah panas kan asam pedas …habis berasap.1 rumah..nasib baik anak ada kat rmh klau x tak tahu apa jadi …anak tgah buat pdpr dia ckp apa bau2 hangit ni mana dtg bau ni keluar bilik gi dapur tgok dah berasap 1dapur..nasib la nak… berhati2 ya kawan2 bila panaskan kuah jangan terlupa mcam saya..
Menurutnya, dia terpaksa bergegas untuk mengambil suaminya yang ingin pulang dari kerja sehingga lupa pada lauk asam pedas yang dipanaskan di dapur.
Tanpa diawasi, lauk tersebut telah kering dan hangit disambar api sehinggakan berasap. Kalau tidak kerana anaknya yang berada di rumah ketika itu, mungkin perkara yang lebih buruk sudah terjadi.
Dia turut menasihati agar orang ramai untuk lebih berhati-hati ketika memanaskan lauk supaya perkara sama tidak terjadi pada mereka.
Di ruangan komen, warganet rasa bersyukur tiada perkara buruk yang menimpa wanita tersebut dan anaknya yang bersendirian di rumah ketika itu. Malah, ada juga yang menasihati wanita itu untuk lebih berhati-hati.
Berhati-hati ketika di dapur. Pelbagai perkara yang tidak diingini boleh berlaku jika kita terlalu lupa. Sebelum ingin ke luar atau melakukan perkerjaan lain, pastikan menutup api di dapur untuk mengelakkan sebarang kecelakaan. Jika perlu, tinggalkan juga pesanan pada sesiapa yang berada di rumah.
Semoga kita dijauhkan dari sebarang bahaya.
Kredit: Azizah Ahmad Azie