Tak semua orang mempunyai waktu yang terluang untuk memasak di dapur. Lebih-lebih lagi mereka yang sibuk dengan kerjaya, memang tak sempat.
Tapi bila mood untuk memasak itu sudah datang, tak kira lah penat ke apa, memang sanggup ke dapur untuk memasak. Cuba bayangkan; anda sudah bersedia dah nak memasak, kuali dah panas dan semua bahan-bahan sudah tersedia. Namun, hancurnya hati bila dapati salah satu bahan anda sudah rosak! Potong mood terus, kan? Tak jadi nak masak.
Perkara sama terjadi baru-baru ini pada Shaffina Khairudin. Niatnya untuk memasak menu kegemaran sambal telur pecah tertewas apabila melihat 7 biji telur telah rosak!
Ermmmm.
Hajat nk masak sambal telur pecah tu .. sekali ambik ko 7 biji busuk ke masuk angin pun x tahuu la .. 1 biji je ok .. return ke kedai bwk gambar je .. sebelum ni kalau sebiji xpe la 7 biji .. cis angin 1 badan dh la nk siap pergi kerja
Sensitive tau soal telur ni . Biasanya diala mh penyelamat .. hrni xdpt diselamatkan dh.
Shaffina Khairuddin baru-baru ini memuat turun sebuah gambar di Facebook dan berkongsi kekecewaannya apabila melihat 7 biji telur yang telah dibeli olehnya didapati rosak dan busuk. Jika sebiji boleh tahan lagi tapi sayangnya, kesemua 7 biji mempunyai bau yang busuk.
Kecewa dengan apa yang terjadi, nampaknya dia tidak berkesempatan untuk memasak sambal telur pecah seperti yang diniatkan. Selalunya bahan telur merupakan penyelamat di dapur ketika tidak mempunyai idea untuk masak tapi lain pula yang terjadi.
Di ruangan komen, rata-rata warganet tampil untuk berkongsi perkara sama yang pernah dialami mereka. Malah, mereka juga turut menyelit nasihat pada orang ramai untuk lebih berhati-hati ketika membeli telur.
Sebagai pengguna, kita perlu lebih berhati-hati ketika membeli bahan dapur. Selain memastikan ianya bersih, kita turut perlu melakukan beberapa pemeriksaan supaya ianya masih berada dalam kualiti yang elok.
Kredit: Shaffina Khairudin