Roti merupakan makanan kegemaran orang ramai. Malah, terdapat pelbagai jenis roti di bakeri yang anda boleh cuba. Namun tahukah anda kesedapan roti tersebut bergantung pada doh?
Sekarang, terdapat pelbagai resepi doh yang anda boleh dapatkan tapi jika anda tercari-cari cara paling mudah, boleh ikuti resepi doh roti gebu serbaguna yang dikongsikan baru-baru ini oleh Suhasnida Ismail. Nak tahu? Jom baca perkongsian olehnya.
Resepi Doh Roti Gebu Serbaguna
Bahan-Bahan
Bahan Bancuh Yis
- 15 gram yis
- 20 gram gula
- 50ml air suam
Cara Penyediaan
- Bancuh yis bagi berbuih. (Bancuh dahulu sebab nak cepat kembang).
- Campurkan bahan kering, telur kecuali garam dan shortening. Masukkan air sikit demi sikit dan uli sampai jadi doh. Kalau nak buat 900 tepung high protein dan 100 gram tepung gandum pun boleh (lagi lembut).
- Masukkan garam dan shortening, uli sampai berkilat, licin dan tak lekat di mangkuk.
- Rehatkan 5 minit dan bentukkan. (Kalau kata nak buat roti manis, tambah gula kepada 180 gram atau 200 gram)
- Rehatkan doh bagi kembang, kemudian sembur dengan susu full cream untuk buat roti. (Pastikan uli doh hingga berkilat dan licin. Proses rounding pula kena kemas dan licin, jangan bagi terbuka).
- Panaskan oven, kemudian bakar bila dah cukup kembang. Jika ingin dijadikan donat, boleh gorengkan doh bila minyak dah panas.
Mudah sahaja resepi ini, kan? Bagi anda yang baru sahaja nak berjinak dalam dunia bakeri, boleh lah cuba resepi doh roti gebu ini. Memang sesuai untuk digunakan dalam pelbagai jenis resepi.
Kredit: Suhasnida Ismail
Baca Juga: Cara Buat Lasagna Dengan Menggunakan Roti Gardenia. Serius Sedap & Menjimatkan Masa!