Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Kecewa Dengan ‘Sup Kosong’ Yang Dibeli, Lelaki Ini Claim Air Paip Lagi Sedap Bandingnya!

Kecewa Dengan ‘Sup Kosong’ Yang Dibeli, Lelaki Ini Claim Air Paip Lagi Sedap Bandingnya!

Kategori:
sup kosong

Bila menjalankan sesuatu perniagaan, kena lah seikhlas hati. Bukan sekadar ingin mengaut keuntungan, tapi berniaga merupakan amalan mulia dan sebuah amanah.

Meskipun ramai peniaga yang berbesar hati dan bersifat jujur ketika menjalankan perniagaan, masih wujud segelintir peniaga yang bertindak sebaliknya. Perkara tersebut boleh menjejaskan pandangan orang ramai terhadap peniaga lain.

Sebagai pelanggan juga, semestinya kita berasa kecewa apabila ‘tersalah’ beli dengan peniaga yang tidak bertanggungjawab dan meniaga ala kadar sahaja. Kekecawaan itu lah yang dirasai dan dkongsikan oleh Mohd Riduan baru-baru ini di Facebook dengan sup kosong yang dibelinya.

Betul-Betul Sup Kosong Dia Bagi..

Betul betul sup kosong Dia bagi .. Sup Jernih dah boleh letak ikan Betta .. Rasa tak payah cakap , Air paip lagi sedap.

sup kosong

Tular di group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni, Mohd Riduan telah memuat naik gambar sup kosong yang dibeli olehnya baru-baru ini. Namun, jelas ianya bukan sup kosong yang biasa kerana sup tersebut didapati terlalu jernih, seolah-olah air biasa.

Tambahnya, sup tersebut terlampau jernih sehinggakan boleh letak seekor ikan Betta. Soal rasa pula, lelaki tersebut hanya mampu mengatakan bahawa air paip lagi enak jika dibandingkan.

“Berniaga Lah Dengan Jujur..”

Di ruangan komen, warganet berasa simpati dengan apa yang terjadi pada lelaki tersebut. Meskipun sekadar sup kosong, mereka memohon agar peniaga ambil pengajaran dari apa yang terjadi dan lebih jujur ketika berniaga.

“Bersangka Baik Sebelum Cuba..”

Namun, ada juga segelintir warganet yang memohon lelaki tersebut untuk bersangka baik sebelum membuat tanggapan mengenai sup tersebut. Belum cuba, belum tahu.

sup kosong sup kosong sup kosong

Harap-harap sup kosong itu tidak lah setawar yang dikatakan. Kesian pula pada lelaki tersebut, kan? Kepada para peniaga pula, berhati-hati dan ikhlas lah ketika meniaga. InshaAllah rezeki kita makin murah jika pelanggan gembira.

Kredit: Mohd Riduan via MATJHN Official

Baca Juga: “Nak Goreng Ikan Besar Kena Lipat..”, Ramai Teruja Tengok Kuali Legend Wanita Ini. Siap Boleh Lipat Lagi!

tags: |