Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Nasi Lemak Paling Tersedap Di Dunia, Wajib Tumis ‘Bahan’ Ini Dulu. Baru Menjadi!

Cara Buat Nasi Lemak Paling Tersedap Di Dunia, Wajib Tumis ‘Bahan’ Ini Dulu. Baru Menjadi!

Kategori: ,
cara rahsia masak nasi lemak paling tersedap

Nasi Lemak merupakan antara masakan Melayu yang tak pernah lapuk dek hujan. Tak lekang dek panas. Pergi mana-mana je dalam Malaysia ni pasti ada gerai, kedai mahu pun restoran yang menjual nasi lemak ni. Cuma sedap atau pun tidak je.

Nak cuba buat tak Nasi Lemak paling tersedap? Kalau nak cuba buat bolehlah lihat cara rahsia yang dikongsikan oleh Nur Aisya ini. Menurutnya ada beberapa bahan yang perlu ditumis terlebih dahulu, barulah menjadi sedap nasi lemak tersebut.

Resepi Nasi Lemak Paling Tersedap & Padu, Wajib Tumis Bahan Ini Dulu

Bahan-Bahan:

  • Beras
  • Santan
  • Air
  • Garam
  • Secubit gula

Bahan Tumis: 

  • Bawang besar | dihiris
  • Halia | dihiris
  • Halba
  • Daun pandan

Cara Penyediaan:

  1. Tumiskan bahan tumis di atas sehingga wangi.
  2. Kemudian masukkan beras.
  3. Akhir sekali tuangkan santan dan masukkana air.
  4. Masukkan juga sedikit garam dan secubit gula.
  5. Masak macam biasa.
  6. Siap untuk dihidangkan.

nasi lemak tumis

Mudah sahaja kan nak buat Nasi Lemak paling tersedap ni? Tumis je bahan-bahan tu. Tumis dalam kuali je dulu kemudian pindahkan ke dalam kuali. Cubalah buat dulu. Memang tak menyesal punya. Lepas ni setiap pagi nak makan nasi lemak tau!

Selamat mencuba!

Kredit: Nur Aisya Via MAHN

Baca juga: Nasi Lemak Yang Di Kukus Lebih ‘Sedap’ Tau, Ini Dia Cara Mengukusnya Mudah Sangat!

tags: |